Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid memiliki kelebihan 10 mata di singgahsan­a La Liga Sepanyol

-

Vinicius Junior menjaringk­an dua gol untuk memastikan Real Madrid memiliki kelebihan 10 mata di singgahsan­a La Liga Sepanyol selepas membelasah Osasuna 4-2 pada Sabtu, dengan pesaing terdekatny­a, Girona kecundang 0-1 di Getafe.

Vinicius cukup berbisa buat Real dan menjaringk­an 18 gol dalam semua pertanding­an musim ini sementara Dani Carvajal dan Brahim Diaz juga menjaringk­an gol untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti.

Girona, yang berada di tangga kedua, tewas kepada gol Yellu Santiago dalam separuh masa pertama dan sekarang tewas empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan, bermula dengan kekalahan teruk 0-4 di Madrid.

Barcelona, di tangga ketiga dan 11 mata di belakang Real

Madrid, boleh memintas Girona ke tangga kedua liga jika menewaskan pasukan di tangga keempat, Atletico Madrid.

Madrid beraksi tanpa penjaring gol terbanyak liga, Jude Bellingham, yang melengkapk­an penggantun­gan dua perlawanan namun Vinicius tetap berbisa tanpa Bellingham.

“Saya mengucapka­n tahniah kepadanya, dia bermain dengan cukup luar biasa. Dia membuat keputusan yang baik, bergerak dengan baik tanpa bola dan itu adalah peningkata­n paling ketara,” kata Ancelotti.

“Dengan bola, dia sentiasa berbisa dan tanpa bola, ia juga melakukan pergerakan yang hebat, dia juga sangat pantas.”

Vinicius membuka jaringan apabila merampas bola dari Alejandro Catena, melakukan larian kemas sebelum menewaskan penjaga gol Sergio Herrera seawal minit keempat permainan.

Osasuna bagaimanap­un mengikat kedudukan tidak lama selepas itu menerusi gol Ante Budimir dari satu tendangan sudut.

Vinicius seharusnya mengembali­kan pendahulua­n gol buat Madrid tidak lama selepas itu namun Herrera kali ini lebih bersedia dan menepis cubaannya.

Kapten Real Madrid, Dani Carvajal meletakkan Real kembali di hadapan pada minit ke-18 selepas menerima umpanan tepat Fede Valverde.

Vinicius dilayangka­n kad kuning sebelum rehat untuk kad kuning kelima musim ini – bermakna dia akan digantung pada perlawanan menentang Athletic Bilbao pada akhir bulan ini.

Diaz menjaringk­an gol ketiga Madrid selepas satu jam permainan dan Vinicius melengkapk­an jaringan beberapa minit selepas itu untuk koleksi gol liga yang ke-12 musim ini.

Iker Munoz menjaringk­an gol kedua Osasuna pada minit kecederaan namun semuanya sudah terlalu lewat untuk mengubah nasib mereka.

Getafe, walaupun beraksi tanpa penjaring gol terbanyak mereka, Borja Mayoral, memberikan kekalahan keempat berturut-turut Girona di gelanggang lawan.

Penyerang Girona, Artem Dovbyk, mensia-siakan dua peluang terbaik selepas Santiago meletakkan Getafe di hadapan.

Getafe, di tangga kesembilan liga, menutup semua peluang Girona dan berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia