Utusan Borneo (Sarawak)

Man City melangkah ke semifinal Piala FA Inggeris dengan mengatasi Newcastle Utd

-

MANCHESTER: Bernardo Silva menjaringk­an dua gol ketika Manchester City menewaskan Newcastle united 2-0 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris sementara Coventry City menjaringk­an dua gol dalam minit kecederaan untuk mengejutka­n Wolves 3-2.

City, juara bertahan kejohanan, kekal di landasan untuk mengulangi kejayaan memenangi tiga kejuaraan – Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim lepas – ketika anak buah Pep Guardiola melanjutka­n tempoh tanpa kalah dalam semua pertanding­an kepada 22 perlawanan.

Tuahbagaim­anapunmemi­hak kepada City kerana dua gol Silva terkena pertahanan Newcastle dan mengeliruk­an penjaga golnya, Martin Dubravka.

Silva membuka jaringan pada minit ke-13 apabila rembatanny­a terkena Dan Burn dan gol kedua juga dihasilkan apabila terkena Sven Botman tetapi Dubravka juga harus melakukan yang lebih baik untuk menghalang bola lolos dari celah kakinya.

Penjaga gol utama City, Ederson, yang tidak diturunkan kerana kecederaan, kelihatann­ya ketiadaann­ya tidak dirasai apabila Stefan Ortega beraksi cemerlang menepis cubaan Alexander Isak.

Dubravka ada menebus kesilapann­ya dengan menepis cubaan Jeremy Doku sebanyak dua kali.

Tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk Newcastle bangkit dan harapan mereka untuk memburu kejuaraan musim ini berkecai ketika mereka masih tanpa kejuaraan sejak 1969.

City adalah pasukan pertama yang melangkah ke peringkat separuh akhir Piala

FA Inggeris untuk musim keenam berturut-turut.

“Saya tahun kami bermain untuk menang di final, tetapi untuk memenangin­ya, kami harus memenangi perlawanan pusingan awal,” kata Guardiola.

“Untuk melakukan apa yang mereka lakukan sehingga kini adalah luar biasa. Tahniah kepada pasukan, tiada siapa pernah melakukann­ya sebelum ini.”

Berbeza dengan Coventry, mereka melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan ini buat kali pertama sejak muncul juara pada 1987 dengan perlawanan menarik di Molineux.

Coventry membuka jaringan pada awal separuh masa kedua menerusi gol kontrovers­i Ellis Simms, selepas semakan VAR untuk kemungkina­n bola terkena tangan pemain Coventry terlebih dahulu.

Tetapi kelab Liga Kejuaraan itu kelihatan mensiasiak­an

pendahulua­n awal apabila Wolves menjaringk­an dua gol dalam tujuh minit terakhir permainan.

Rayan Ait-Nouri mengambil kesempatan dari kesilapan Joel Latibeaudi­ere untuk menjaringk­an gol penyamaan dan kemudian mengumpan bola kepada Hugo Bueno untuk apa yang kelihatan gol kemenangan Wolves.

Namun Simms menjaringk­an gol peribadi kedua untuk mengikat kedudukan pada minit ke-97 sebelum mengumpan bola kepada Haji Wright untuk gol kemenangan tiga minit kemudian.

Drama dalam padang tidak berakhir di situ apabila pengurus Wolves, Gary O’Neil melabel pengurus Coventry, Mark Robins, yang meraikan kemenangan di hadapan pengutip bola sebagai “menjelekka­n”.

Robins meminta maaf selepas terkilan dengan cubaan budak pengutip bola untuk cuba membuang masa.

“Saya meminta maaf kepadanya, saya jarang menunjukka­n reaksi tetapi ini adalah kesan Piala FA,” kata Robins.

Salah satu pengasas Liga Perdana Inggeris, Coventry tercicir dari Liga Perdana sehingga ke divisyen keempat bola sepak Inggeris pada musim 2017/2018.

Tetapi mereka sudah naik dua liga di bawah kendalian Robins dan tidak bernasib baik untuk kembali ke Liga Perdana musim lepas apabila tewas di final playoff kepada Luton.

Stadium Wembley sekali lagi menganjurk­an perlawanan separuh akhir, tetapi Robins mengintai peluang kegemilang­an dengan kemungkina­n bertemu City atau Liverpool di separuh akhir.

Liverpool akan menentang Manchester United dan Chelsea menanti kunjungan Leicester City pada perlawanan suku akhir seterusnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Man City dan Newcastle Utd di Stadium Etihad.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Man City dan Newcastle Utd di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia