Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah bernilai RM1.5 juta dirampas

JKDM Sarawak bongkar sindiket pengedaran dadah jenis Methamphet­amin selepas menahan seorang lelaki bersama 46 kilogram dadah di Kuching baru-baru ini.

- Oleh Hamkar Sarbinee

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak membongkar sindiket pengedaran dadah jenis Methamphet­amin selepas menahan seorang lelaki di sebuah perumahan di kawasan Matang, Kuching baru-baru ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata, tangkapan dadah ini merupakan tangkapan yang terbesar tahun ini melibatkan berat 46 kilogram dan nilai pasaran dianggarka­n bernilai RM1.5 juta.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan oleh Cawangan Narkotik, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA), JKDM dan disertai Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM pada 6 Mac lalu selepas mendapat maklumat dan kerjasama Cawangan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

"Berikutan itu, pasukan telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis kediaman di Matang, Kuching dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang disyaki ahli sindiket.

"Hasil pemeriksaa­n rapi membawa kepada penemuan 45 peket teh Guan Yin Wang yang mengandung­i serbuk kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine dengan berat 46 kilogram yang bernilai RM1.5 juta," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Wisma Kastam, Petra Jaya, di sini semalam.

Norizan berkata, kesemua bungkusan itu disembunyi­kan dalam empat bungkusan pakaian terpakai atau 'bundle' yang diletakkan di ruang tamu tingkat bawah rumah terbabit.

"Berdasarka­n berat dadah itu, dianggarka­n seramai 450,000 orang dapat diselamatk­an daripada penyalahgu­naan dadah," jelasnya.

Tambahnya, siasatan awal terhadap ahli sindiket, suspek bertanggun­gjawab melakukan agihan dan menghantar kepada pelanggan di bahagian Kuching selain sindiket ini juga dipercayai mula beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu.

"Mahkamah Majistret Kuching telah mengeluark­an perintah reman selama tujuh hari bermula 7 Mac ke atas lelaki berkenaan bagi penyiasata­n," katanya.

Mengenai modus operandi yang digunakan sindiket, kes ini membawa masuk bahan narkotik melalui Semenanjun­g Malaysia dan dibungkus bersama pakaian terpakai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? DADAH: Norizan menunjukka­n satu bungkus dadah dengan berat satu kilogram pada sidang media tersebut.
— Gambar Roystein Emmor DADAH: Norizan menunjukka­n satu bungkus dadah dengan berat satu kilogram pada sidang media tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia