Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mohon anakanak di bawah jagaan JKM diberi kewarganeg­araan

-

Sarawak memohon pertimbang­an khas diberikan kepada anak-anak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dianugerah­kan status kewarganeg­araan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penganuger­ahan status kewarganeg­araan ini penting bagi memastikan masa depan anak-anak tersebut serta memudahkan proses pengambila­n anak angkat.

“Pengalaman kita telah menunjukka­n sangat sukar untuk pegawai dan kakitangan kami di institusi kebajikan ini untuk mengetahui siapa ibu bapa kandung anak-anak terbiar ini walaupun pelbagai usaha dijalankan.

“Sebab itu kita menerusi Jawatankua­sa Khas Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n meminta untuk anakanak jagaan institusi kebajikan ini terutama kes buang bayi misalnya, diberi pertimbang­an khas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bagi mengulas mengenai pindaan perlembaga­an berkaitan isu kewarganeg­araan seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Ujar Fatimah, dengan penganuger­ahan status kewarganeg­araan ini ia juga akan memudahkan proses pengambila­n anak angkat oleh ibu bapa untuk anakanak di institusi kebajikan.

Sebab dari segi kewarganeg­araan katanya, sudah ditentukan dan ibu bapa angkat tidak perlu memikul masalah tersebut.

“Mereka punya niat yang baik mahu menjaga anak itu dan memberi masa depan yang lebih baik kepada anakanak yang diabaikan atau dibuang itu.

“Jadi sebab itu kita minta pertimbang­an khas supaya mereka ini dianugerah­kan sebagai warganegar­a kerana jika tidak masalah itu dipikul oleh ibu bapa angkat,” katanya sambil menambah, terdapat tujuh kanak-kanak jagaan institusi kebajikan di bawah JKM Sarawak yang tidak memiliki kewarganeg­araan dan telah diluluskan permohonan.

Ujar Fatimah lagi, beliau mahu melihat supaya kanakkanak yang lahir di Negeri ini menikmati akses kepada pendidikan.

Tetapi bagi anak-anak tanpa kewarganeg­araan, sukar untuk mereka mendapatka­n akses pendidikan dan ibu bapa perlu membayar yuran sebagai warga asing.

Sebab itu katanya, ramai anak-anak tanpa kewarganeg­araan tidak bersekolah sedangkan pendidikan adalah hak bagi semua kanakkanak.

 ?? ?? REAKSI: Fatimah bercakap kepada pemberita semasa ditemui di Dewan Utama Wisma Wanita di Kuching.
REAKSI: Fatimah bercakap kepada pemberita semasa ditemui di Dewan Utama Wisma Wanita di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia