Utusan Borneo (Sarawak)

Pandang serius simptom kemurungan atau meroyan

Perubahan tingkah laku, pertuturan boleh jadi petunjuk seseorang ibu alami simptom meroyan selepas bersalin

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Pasangan atau ahli keluarga perlu ambil peduli dan memandang serius tentang simptom kemurungan atau meroyan yang dialami dalam kalangan ibu yang baru melahirkan anak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, perubahan mendadak dalam tingkah laku atau pertuturan boleh menjadi petunjuk seorang ibu mengalami simptom meroyan selepas bersalin.

“Kita tidak boleh mengambil mudah tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang bahaya kepada orang sekeliling.

“Sebilangan orang, mungkin mereka tidak biasa dengan situasi tersebut. Mereka mungkin merasakan bahawa itu adalah sesuatu yang normal, namun sebenarnya tidak.

“Oleh itu, ahli keluarga khususnya suami walau sesibuk mana pun, dia perlu ambil tahu keadaan isteri terutama yang baru melahirkan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaia­n Subsidi Yuran Pengasuhan KanakKanak Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Dalam Kenderaan Tahun 2024 di sini, semalam.

Nancy diminta mengulas kejadian seorang wanita berusia 32 tahun mengelar anak kandungnya iaitu bayi lelaki berusia setahun enam bulan di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, Johor, pada 16 Mac lalu.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata, kemurungan selepas bersalin bukannya perkara baru namun boleh membimbang­kan jika tidak dirawat.

“Tahap kemurungan mungkin berbeza antara seorang dengan yang lain. Biarpun ada ubat yang boleh membantu mengurangk­an masalah kemurungan pada ibu yang baharu bersalin tetapi kita masih perlu berhati-hati.

“Mereka ini tidak boleh dibiarkan bersendiri­an terutama bersama bayi yang masih kecil dan kerana itu penting bagi ahli keluarga untuk

bersama ibu,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata kementeria­nnya akan mempertimb­angkan untuk mengadakan kempen khusus bagi meningkatk­an kesedaran mengenai bahaya meroyan dalam kalangan ibu baru bersalin.

“Kita cuba sedaya upaya kerana ia sungguh membimbang­kan dan menakutkan, kita tahu perkara ini berlaku tapi bila sampai anak tercedera, kita berharap ia tidak berlaku lagi.

“Kita akan lihat apakah jenis peringatan yang boleh kita lakukan tetapi intervensi ini tidak boleh dilakukan hanya kementeria­n, ia juga memerlukan kerjasama daripada pihak swasta,” katanya.

“Kita tidak boleh mengambil mudah tentang perkara ini kerana ia boleh mengundang bahaya kepada orang ” sekeliling. Dato Sri Nancy Shukri Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ?? ?? RASMI: Nancy melakukan simbolik pelancaran Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Dalam Kenderaan 2024 di Kuching semalam.
RASMI: Nancy melakukan simbolik pelancaran Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Dalam Kenderaan 2024 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia