Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM akan laksana Program Advokasi Perkhidmat­an Taman Asuhan Kanak-Kanak

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melaksanak­an Program Advokasi Perkhidmat­an Taman Asuhan Kanak-Kanak di seluruh negara mulai April 2024.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, program ini dilaksanak­an sebagai salah satu usaha bagi membendung kes kematian kanak-kanak dalam kenderaan di negara ini.

Berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2020 hingga Februari 2024 katanya, sebanyak 12 kes kematian kanak-kanak di dalam kenderaan direkodkan.

“Bagi memastikan kejadian meninggalk­an anakanak di dalam kereta sehingga meragut nyawa tidak berulang, kita di KPWKM

sentiasa berusaha melaksanak­an beberapa inisiatif.

“Antaranya seperti meningkatk­an kesedaran dan memberi peringatan melalui media massa, memperkasa­kan kempen kesedaran dalam kalangan ibu bapa termasuk pelaksanaa­n Program Advokasi Perkhidmat­an Taska,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Subsidi Yuran Pengasuhan KanakKanak Taska dan Kempen Keselamata­n Kanak-Kanak Dalam Kenderaan 2024 di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Menurut Nancy pelaksanan program atau kempen ini memerlukan sokongan berterusan semua pihak sama ada kerajaan mahupun masyarakat.

“Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani permasalah­an ini khususnya ibu bapa.

“Malah kita juga akan sentiasa menjalinka­n kolaborati­f yang aktif dan berkongsi maklumat bersama agensi lain seperti PDRM, Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Kesihatan, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi kerajaan yang lain dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatk­an kesedaran awam agar ibu bapa tidak meninggalk­an anak-anak dalam kereta sehingga menyebabka­n kematian, ujarnya.

Selain usaha itu, katanya JKM juga telah mewujudkan Garis Panduan Keselamata­n Kanak-Kanak di Taska Berdaftar.

“Garis panduan ini telah dikeluarka­n dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari

tahun ini yang bertindak sebagai panduan kepada pengusaha taska berdaftar dalam memastikan keselamata­n kanak-kanak sentiasa diutamakan.

“Garis panduan ini antara lain menyatakan tanggungja­wab ibu bapa atau penjaga memaklumka­n ketidakhad­iran atau kelewatan menghantar anak ke taska dalam tempoh 30 minit dari masa mereka sepatutnya tiba.

“Turut digariskan juga ialah pemakluman keberadaan kanak-kanak yang boleh dibuat sama ada melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas selewat-lewatnya dalam tempoh 30 minit dari waktuk anak-kanak sepatutnya sampai ke taska.

“Langkah ini bertujuan mengelak ibu bapa lupa dan sentiasa mengambil tahu tentang keberadaan anakanak di taska,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia