Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa diingatkan tidak abai anak-anak dalam kesibukan buat persediaan Aidilfitri

-

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mengingatk­an ibu bapa supaya tidak mengabaika­n anak-anak dalam kesibukan membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tegas Fatimah, pengabaian anak-anak sehingga mendatangk­an bahaya boleh menyebabka­n ibu bapa didenda meskipun tanpa niat.

“Saya teringat satu insiden bulan ini dan satu bulan lepas di mana anak-anak istimewa kita terlepas keluar dari rumah dan tidak tahu jalan pulang ke rumah.

“Ini satu perkara yang sangat berbahaya bagi saya dan ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil istimewa harus pastikan anak-anak selamat dalam kesibukan membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Raya 2024 di

Dewan Utama Wisma Wanita di sini semalam.

Selain keselamata­n anakanak, Fatimah turut mengingatk­an kaum wanita khususnya supaya tidak lalai, lupa dan leka soal keselamata­n kebakaran semasa membuat kuih, kek dan penyediaan juadah berbuka puasa.

“Kita semua tahu, kaum wanita adalah yang paling sibuk sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri membuat persiapan kuih-muih, membersih rumah dan menyediaka­n juadah berbuka puasa.

“Tetapi jangan kita lalai, lupa dan leka dalam apa juga tugasan yang kita buat bagi mengelak apa-apa insiden seperti kebakaran,” katanya.

Fatimah turut menasihati kaum wanita supaya berbelanja secara berhemah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana masih ada hari-hari lain selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Ini kerisauan saya dari segi kebakaran, keselamata­n anak- anak dan berbelanja secara berhemah,” katanya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (berdiri lima kiri, barisan kedua) merakam gambar bersama wakil agensi penerima Sumbangsih Raya
UNTUK ALBUM: Fatimah (berdiri lima kiri, barisan kedua) merakam gambar bersama wakil agensi penerima Sumbangsih Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia