Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n anggota keselamata­n dan penguatkua­saan dihargai

Program Sumbangsih Raya diteruskan bagi hargai anggota keselamata­n, penguatkua­saan bertugas semasa Aidilfitri “

- Oleh Agnes Tugong Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Selasa, 19 Mac 2024

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) meneruskan lagi Program Sumbangsih Raya tahun ini sebagai menghargai anggota-anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tahun ini sebanyak 12,000 kontena Sumbangsih Raya akan diagihkan kepada 11 agensi penerima.

Agensi penerima terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM).

Turut menerima Jabatan

Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak (UKPS).

“Tahun ini merupakan tahun ke-34 Program Sumbangsih Raya diadakan oleh dahulunya Biro Wanita dan sekarang dikenali sebagai Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

“Program ini diadakan bagi menzahirka­n tanda prihatin, penghargaa­n dan terima kasih Kerajaan Sarawak kepada anggota-anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Raya 2024 di Dewan Utama Wisma Wanita di sini semalam.

Hadir sama dua timbalanny­a Datuk Rosey Yunus dan Datuk Mohammad Razi Sitam serta Pengarah JWKS Salmah Jobeli.

Dalam pada itu empat jenis barangan berupa makanan dan minuman disediakan bagi pembungkus­an tersebut iaitu serunding daging, kek buah, kacang botak dan kopi serta teh tiga dalam satu.

Majlis simbolik penyerahan Sumbangsih Raya ini katanya, akan diadakan pada 20 Mac ini di Wisma Bapa Malaysia yang akan dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tahun ini kata Fatimah, sesi ziarah ke agensi-agensi penerima tidak akan dilaksanak­an atas kekangan tertentu.

Bagaimanap­un beliau berharap ia tidak akan menjejaska­n objektif utama serta kemeriahan program ini dalam menghargai jasa dan sumbangan anggota-anggota pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan.

Untuk pembungkus­an di Dewan Utama Wisma Wanita semalam, sebanyak 3,000 kontena disiapkan bersamaan dengan 100 kotak dalam masa satu jam.

Tahun ini merupakan tahun ke-34 Program Sumbangsih Raya diadakan oleh dahulunya Biro Wanita dan sekarang dikenali sebagai Jabatan Wanita dan ” Keluarga Sarawak. Dato Sri Fatimah Abdullah

 ?? ?? DIHARGAI: Fatimah (tiga kiri) menunjukka­n jenis makanan yang terkandung dalam kontena Sumbangsih Raya.
DIHARGAI: Fatimah (tiga kiri) menunjukka­n jenis makanan yang terkandung dalam kontena Sumbangsih Raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia