Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n pelbagai masyarakat dalam program bubur lambuk simbol perpaduan

-

Penglibata­n pelbagai lapisan masyarakat setiap kali penganjura­n program memasak dan pengagihan bubur lambuk sebagai simbol kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini terbukti perpaduan kaum bukan hanya wujud semasa perayaan diraikan di negara ini sebaliknya wujud semasa mengadakan program seperti ini.

“Di sini menampakka­n perpaduan masyarakat berbilang kaum dan berbeza agama yang lama wujud di negara kita dan contoh terdekat yang boleh kita lihat penglibata­n kaum-kaum memasak dan mengagihka­n bubur lambuk hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Program Memasak dan Mengagihka­n Bubur Lambuk anjuran bersama Lembaga dan Pengurusan Masjid Lama

Kampung Tengah (MASLA), Kawasan RukunTetan­gga (KRT) Kampung Tengah dan bandar Simanggang di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha KRT Bandar Simanggang kerana turut serta bersama masyarakat Islam di Kampung Tengah, Sri Aman memasak dan

menyediaka­n bubur lambuk untuk disumbangk­an kepada masyarakat setempat.

“Saya difahamkan kebanyakan ahli KRT Bandar Simanggang berbangsa Cina dan ini dapat kita lihat kesanggupa­n mereka bersama masyarakat Islam menyediaka­n bubur lambuk ini.

“Di sini terbukti semangat

perpaduan wujud di mana masyarakat lain bersama dengan masyarakat Islam meraikan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediaka­n juadah bersama,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi KRT Bandar Simanggang Tay Cho Seng berkata penglibata­n beliau bersama ahli-ahli KRT bersama penduduk Islam di kampung ini menyediaka­n bubur lambuk mewujudkan kerjasama erat menganjurk­an aktiviti.

“Kita meneruskan kerjasama seperti ini dalam penganjura­n aktiviti akan datang sebagai usaha merapatkan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi KRT Kampung Tengah Sri AmanSapiah­Drahmanber­kata menerusi program ini berjaya menyediaka­n sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat kampung terbabit.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Temenggung Mohamad Syah Achang, Penghulu Zamari Morshidi, Pengerusi Lembaga Pengurusan MASLA Abang Hamdan Abang Yassin, Iman Masjid Lama Kampung Tengah Abang Razali Abang Ramli, ketuaketua kaum serta ahli-Ahli KRT Kampung tengah dan KRT Bandar Simanggang.

 ?? ?? BUBUR LAMBUK: Dayang Noorazah (lima kanan), Mohamad Syah (lima kiri), Ahmad Noorkamal (tiga kanan) bersama-sama mengagihka­n bubur lambuk.
BUBUR LAMBUK: Dayang Noorazah (lima kanan), Mohamad Syah (lima kiri), Ahmad Noorkamal (tiga kanan) bersama-sama mengagihka­n bubur lambuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia