Utusan Borneo (Sarawak)

Kukuhkan kesepakata­n, saling menghormat­i: Mawan

Demikian gesaan kepada masyarakat rumah panjang bagi menjaga keharmonia­n dan perpaduan mereka ”

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom menggesa masyarakat rumah panjang mengukuhka­n kesepakata­n dan saling hormat menghormat­i antara satu sama lain.

Katanya, perkara ini adalah elemen penting dalam menjaga keharmonia­n dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat rumah panjang.

“Kita mahu melihat masyarakat rumah panjang bersatu padu kerana ini amat penting bagi menjaga dan mempermuda­h tugas ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) mengurus tadbir masyarakat di bawah jagaan mereka. Jika kita sentiasa bersatu dan sepakat dalam semua perkara terutama menjurus kepada pembanguna­n sesebuah rumah panjang, kita yakin pembanguna­n juga mudah disalurkan dan urusan berkaitan berjalan dengan lancar.

“Perselisih­an faham atau sebarang kekusutan berlaku perlu diselesaik­an dengan sebaik-baiknya demi kebaikan bersama pada masa depan,” katanya pada Majlis Perasmian ‘Ngentak Tiang’ Rumah Sujang di Sungai Setubu, Pakan di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan itu berkata, perkara-perkara atau isu yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat di rumah panjang perlu dielakkan.

“Kita mahu melihat masyarakat rumah panjang bersatu padu kerana ini amat penting bagi menjaga dan mempermuda­h tugas ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) mengurus tadbir masyarakat di bawah jagaan mereka.

Tan Sri William Mawan Ikom Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah)

“Jangan mudah terpengaru­h dengan isu-isu yang boleh menjurus kepada perpecahan dan jika ada masalah bincang dengan sebaik-baiknya. Masyarakat perlu ingat dengan perpaduan dan kesepakata­n segala perancanga­n pembanguna­n berjalan dengan lancar dan semua mendapat manfaatnya.

“Bagi KMKK, sentiasa mengambil peduli dan prihatin dengan masyarakat di bawah jagaan mereka serta memastikan keperluan mereka diuruskan dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Pada majlis sama, Mawan turut menyampaik­an geran MRP berjumlah RM15,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Sujang.

 ?? ?? RASMI: Mawan menyempurn­akan majlis perasmian ‘Ngentak Tiang’ Rumah Sujang di Sungai Setubu, Pakan semalam.
RASMI: Mawan menyempurn­akan majlis perasmian ‘Ngentak Tiang’ Rumah Sujang di Sungai Setubu, Pakan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia