Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem Pemantauan GPS di semua bas ekspres

Pemasangan­nya bagi memantau dan memastikan pematuhan bas ekspres kepada laluan yang dibenarkan

-

KUCHING:Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) bercadang melaksanak­an Sistem Pemantauan GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) di semua bas ekspres yang beroperasi di negeri ini.

Pengerusin­ya Michael Kong Feng Nian berkata, pemasangan sistem itu bagi memantau bas ekspres dan memastikan pematuhan mereka kepada laluan yang dibenarkan.

Inisiatif itu jelasnya, bertujuan menyediaka­n perkhidmat­an bas yang konsisten dan boleh dipercayai terutama memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dengan memastikan mereka mempunyai akses tetap kepada perkhidmat­an pengangkut­an.

“LPKP Sarawak komited merangka dasar yang bukan sahajamena­mbahbaikin­dustri kenderaan komersial tetapi mengutamak­an kebajikan orang ramai.

“(Justeru) pagi tadi (Isnin) saya terlibat dalam sesi libat urus yang produktif bersama Persatuan Syarikat

Pengangkut­an Bas Sarawak (SBTCA) berbincang mengenai cadangan pelaksanaa­n Sistem Pemantauan GPS untuk bas ekspres.

“Perbincang­an ini penting kerana ia membolehka­n kami mengumpul maklum balas dan pandangan daripada pihak berkepenti­ngan berkaitan, memastikan dasar yang dilaksanak­an dengan berkesan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Kong berkata pada sesi libat urus itu, turut dibincangk­an ialah pelaksanaa­n Dana Bantuan Sementara Pengusaha Bas Henti-Henti (DBSPB).

Menurutnya DBSPB ditubuhkan bagi menggalakk­an pengguna menjadikan bas sebagai mod pengangkut­an yang berdaya maju.

“DBSPB berfungsi sebagai penyelesai­an sementara membantu pengendali bas henti-henti yang menghadapi peningkata­n kos operasi, lebih-lebih lagi di laluan kurang menguntung­kan.

“Menerusi inisitif DBSPB,

LPKP Sarawak komited merangka dasar yang bukan sahaja menambah baik industri kenderaan komersial tetapi mengutamak­an kebajikan orang ramai.

Michael Kong Feng Nian Pengerusi LPKP

penumpang akan menikmati kadar tambang berpatutan iaitu RM1 sahaja,” jelasnya.

Bagaimanap­un dedahnya, di sebalik kadar tambang yang murah itu, ternyata masih ramai pengguna memilih menggunaka­n pengangkut­an sendiri kerana isu seperti jadual perjalanan tidak teratur dan bas sedia ada kerap

mengalami kerosakan.

“Melangkah ke hadapan, LPKP Sarawak terus komited memantau dan melaksanak­an langkah-langkah untuk meningkatk­an sistem pengangkut­an bas di negeri ini.

“Selain itu, kami akan terus menilai dan memperhalu­si inisiatif DBSPB bagi

memastikan rakyat Sarawak mendapat akses kepada pengangkut­an awam yang berpatutan dan boleh dipercayai, “ujarnya.

Kong menambah, sebagai sebahagian komitmen LPKP Sarawak menyediaka­n pilihan akses kepada pengangkut­an, lembaga itu memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tambang bas ekspres sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Kita kekal dengan keputusan untuk tidak menaikkan kadar tambang bas ekspres (perkhidmat­an ekonomi) sebanyak 10 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkata­n kadar tambang ini hanya dilaksanak­an di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Kong (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli DBSPB selepas sesi libat urus semalam. Turut kelihatan Pengarah LPKP Sarawak Cornelia Wong (duduk, dua kiri).
UNTUK ALBUM: Kong (duduk, tengah) merakam kenangan bersama ahli DBSPB selepas sesi libat urus semalam. Turut kelihatan Pengarah LPKP Sarawak Cornelia Wong (duduk, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia