Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak berwajib digesa lebih cekap tangani kerosakan lampu isyarat

-

Pihak berwajib digesa lebih cekap menangani masalah kerosakan lampu isyarat di persimpang­an Jalan Salim/Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

Seorang pengguna jalan raya tersebut, Sumarin Asok, 58, berkata kerosakan lampu isyarat di situ kerap berlaku hampir setiap hari sejak tiga atau empat hari kebelakang­an ini.

“Kalau tidak rosak awal pagi, ia rosak tengah hari dan boleh berlaku bila-bila sahaja. Kerosakan mula berlaku minggu lalu, Khamis lalu hingga ke hari ini (18 Mac) menyebabka­n kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu puncak.

“Lebih teruk apabila berlaku hujung minggu iaitu 17 Mac lalu, walaupun rosak tetapi selepas dibaiki, ia kembali seperti biasa namun kini rosak lagi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Begitupun, Sumarin menjelaska­n kerap juga pihak terbabit datang sebaik sahaja

dilaporkan lampu isyarat itu rosak.

Sementaram­enantiketi­baan pihak teknikal daripada pihak terbabit membaikiny­a, kerap juga dilihat anggota polis datang membantu mengawal lalu lintas bagi melancarka­n aliran trafik.

“Namun, sebelum itu antara tempoh ketibaan polis mengawal lalu lintas, masa itulah kesesakan berlaku

apabila kenderaan dari keempat-empat simpang berebut-rebut keluar menuju laluan masing-masing.

“Tindakan ini menyebabka­n kesesakan apabila masing-masing terperangk­ap di persimpang­an itu sehinggala­h ketibaan anggota polis,” jelasnya.

Sumarin turut mempersoal­kankenapal­ampu isyarat itu kerap mengalami

kerosakan.

“Kenapa lampu isyarat ini selalu rosak sejak kebelakang­an ini? Kalau sekali dua rosak dalam sebulan dua tak apa, ini rosak hampir setiap hari,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap pihak berkuasa berkaitan dapat mencari mekanisme terbaik menangani masalah kerosakan lampu isyarat itu dengan segera.

 ?? ?? SESAK: Kenderaan berebut-rebut menuju laluan masing-masing semasa kerosakan lampu isyarat di persimpang­an Jalan Salim/Tun Ahmad Zaidi Adruce di Sibu semalam.
SESAK: Kenderaan berebut-rebut menuju laluan masing-masing semasa kerosakan lampu isyarat di persimpang­an Jalan Salim/Tun Ahmad Zaidi Adruce di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia