Utusan Borneo (Sarawak)

LPNM berhasrat jadikan Miri hab pemasaran produk berasaskan nanas konsisten

-

Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat menjadikan Miri sebagai hab pemasaran produk berasaskan nanas konsisten dan berterusan terutama kepada pengunjung dari negara jiran.

Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamr­i Mat berkata, ini dapat dilaksanak­anmelaluiP­rogram Jualan Makanan Berasaskan Nanas sehingga penghujung Mac ini.

“Melalui program promosi dan jualan ini, LPNM menyasarka­n jumlah jualan bernilai RM40,000 dan melibatkan pengunjung atau pembeli seramai 3,000 orang.

“LPNM berhasrat meluaskan program seumpama ini di pelbagai tempat dan lokasi seluruh negara, sesuai dengan pemerkasaa­n industri asas tani nanas,” katanya berucap merasmikan Program Promosi Nanas dan Jualan Makanan Berasaskan Nanas di sini Sabtu lalu.

Di samping itu, katanya ia juga meningkatk­an nilai penjenamaa­n, jaringan pasaran dan penerimaan produk berasaskan nanas hasil buatan usahawan tempatan di pasaran domestik serta antarabang­sa.

“Ini selari dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan

Sarawak sebagai salah satu negeri pengeluar dan pengekspor­t produk agromakana­n utama negara termasuk nanas menjelang 2030.

“Program jualan produk makanan berasaskan nanas di Miri berlangsun­g sepanjang Mac ini adalah sebahagian daripada usaha LPNM dalam aspek pembanguna­n industri asas tani nanas di samping memperkena­l Hari Nanas Malaysia 2025 yang bakal dianjurkan di seluruh negara,” jelasnya.

Menurutnya, program jualan tersebut berlangsun­g selama satu bulan bermula

pada awal hingga penghujung Mac ini.

Hampir 10 jenis produk makanan hasilan nanas dijual terdiri daripada produk usahawan Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pembanguna­n Pemasaran LPNM Wan Mohd Adiasrol Wan Hussein, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPNM Rosmizam Md Yusof, Pengarah LPNM Sarawak Mohammad Suffian Sahmat serta pegawai-pegawai Ibu Pejabat LPNM Johor Bahru dan LPNM Sarawak.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Mohd Khairuzamr­i menerima cenderamat­a daripada Mohammad Suffian selepas menyempurn­akan perasmian Program Promosi Nanas dan Jualan Makanan Berasaskan Nanas di Miri, Sabtu lalu.
TERIMA KASIH: Mohd Khairuzamr­i menerima cenderamat­a daripada Mohammad Suffian selepas menyempurn­akan perasmian Program Promosi Nanas dan Jualan Makanan Berasaskan Nanas di Miri, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia