Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah Negara BEBC Indonesia dilantik sebagai pengerusi BEBC

-

Pengarah Negara BEBC Indonesia Dr Sayid Irwan dilantik sebagai pengerusi BIMP-EAGA Business Council (BEBC) pada 14 Mac lalu.

BEBC dalam kenyataan berkata, Dr Sayid menerima jawatan tersebut bagi menggantik­an Pengerusi BEBC Brunei Pengiran Dr Haris Pengiran Duraman.

Katanya, ia sekali gus menjadikan jawatan pengerusi BIMP-EAGA BEBC bertukar tangan dari Brunei ke Indonesia.

Pertukaran jawatan tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di penghujung Mesyuarat Perancanga­n Strategik BIMP-EAGA di sini sebagai simbolik menandakan penyerahan jawatan pengerusi.

Dalam ucapan perasmian sebagai pengerusi baharu, Dr Sayid Irwan komited untuk memperjuan­gkan usaha Majlis Perniagaan.

“Saya juga berharap BEBC akan menerajui usaha ke arah BIMP-EAGA yang lebih makmur dan saling berkaitan.

“Ini sekali gus menjadikan perniagaan berkembang maju dan masyarakat makmur dengan memupuk perkongsia­n, inovasi dan menangani keperluan ekonomi unik subrantau kita,” katanya.

Mengikut tradisi, jawatan pengerusi BEBC digilirkan setiap tiga tahun dalam kalangan empat negara anggota.

Malaysia kini merupakan Naib Pengerusi BEBC dan akan menerajui organisasi itu pada 2027 apabila tempoh Indonesia tamat.

Ketika ini, BEBC Malaysia diwakili oleh tiga Pengarah Negara iaitu Nobel Pang sebagai Pengerusi, Azhar Othman dan Datuk Susan Chang.

Majlis Perniagaan di bawah BIMP-EAGA sentiasa diiktiraf dan memegang jawatan istimewa berbanding organisasi pelbagai hala yang lain.

Dianugerah­kan jawatan negara ‘kelima’, ahli lembaga pengarah BEBC bukan sekadar wakil sektor swasta tetapi juga dilantik oleh persatuan perniagaan atau persekutua­n perniagaan terbesar dari wilayah atau negeri masing-masing untuk memastikan kesaksamaa­n dan perkaitan pengetahua­n dalam sektor swasta.

Sementara itu, Pengerusi BEBC Sarawak dan tuan rumah bagi BEBC Nobel Pang yang hadir menyaksika­n majlis itu bersama pengarah negara lain dari BIMP-EAGA mengucapka­n tahniah kepada pengerusi baharu itu.

Mereka berharap majlis perniagaan itu akan melahirkan barisan yang lebih bersatu serta kemajuan kepada kerjasama serantau.

 ?? ?? PENGERUSI BAHARU: (Enam dari kiri) Dr Sayid bersama ahli Lembaga Pengarah dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.
PENGERUSI BAHARU: (Enam dari kiri) Dr Sayid bersama ahli Lembaga Pengarah dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia