Utusan Borneo (Sarawak)

Kenapa Sarawak, Sabah tiada dalam tinjauan 10 perbandara­n paling bahagia: Wong

-

SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau digesa mempersoal mengenai ketidakmam­puan Sarawak dan Sabah dalam tinjauan 10 perbandara­n paling bahagia di Malaysia.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong menjelaska­n jika statistik rajah 2019 seperti dikeluarka­n sebelum ini adalah benar, tinjauan itu hanya berpusat di Semenanjun­g Malaysia sahaja tidak merangkumi Sarawak dan Sabah.

“Berdasarka­n rajah 2019, Sarawak dan Sabah tidak termasuk dalam tinjauan. Dari 2019 hingga sekarang, mereka hanya membuat tinjauan (indeks) paling gembira di Semenanjun­g Malaysia namun di manakah Sabah dan Sarawak?

“Adakah kita tidak cukup bahagia dan gembira? Saya tidak tahu. Jadi, saya merayu kepada dua wakil rakyat dari Sibu iaitu Oscar Ling dan Alice Lau yang keduadua Ahli Parlimen digesa memberi perhatian kepada dua isu persekutua­n ini dan berbincang­secaraakti­fdengan kerajaan persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari jadi Penasihat SUPP Cawangan Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck Ke-81 di sebuah restoran di sini pada malam Sabtu lalu.

Lebih 1,000 hadirin terdiri daripada ahli SUPP hadir pada majlis dianjurkan bersama olehSUPPCa­wanganDudo­ng dan SUPP Sibu Jaya.

Sementara itu, berdasarka­n tinjauan, Cameron Highlands (Pahang) dinobatkan sebagai perbandara­n paling bahagia diikuti Jeli (Kelantan), Jerantut (Pahang), Kuala Terengganu, Kulai (Johor), Lenggong (Perak), Melaka, Petaling Jaya, Port Dickson (selatan KL) dan Kuala Rombin (Pahang).

Dalam pada itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dipetik sebagai berkata tinjauan indeks kebahagiaa­n bagi 2024 dijalankan oleh Jabatan Perancanga­n Bandar dan Luar Bandar (PLAN Malaysia) bersama 144 pihak berkuasate­mpatanmend­apati 71 peratus mencapai tahap bahagia manakala 29 peratus mencapai tahap sederhana bahagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia