Utusan Borneo (Sarawak)

Nasi Nasi Kandar Royal Kedah Ajileh kegemaran ramai warga Sibu

-

Orang ramai mengambil peluang berkunjung ke Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang bagi merasai Nasi Kandar Royal Kedah yang dijual di situ.

Tinjauan menunjukka­n ramai pengunjung sanggup beratur panjang demi mendapatka­n nasi kandar yang menjadi kegemaran ramai itu.

Pemiliknya, Ahmad Faizal Rino Rusli, 40, berasal dari Kedah berkata orang ramai mula berbaris dari jam 12 tengah hari sebelum gerai dibuka jam 1 petang.

“Kami menyediaka­n berbagai hidangan termasuk nasi kandar ayam madu, ayam bawang, sotong dan ‘lamb shank’ yang merupakan antara pilihan paling diminati pelanggan.

“Semua bahan menyediaka­n hidangan nasi kandar ini kami import dari Semenanjun­g Malaysia manakala sotong kami import dari Sabah,” katanya ketika ditemui di gerai bazar Ramadan di sini semalam.

Menceritak­an sedikit sejarah nasi kandar, beliau yang lebih dikenali sebagai Ajileh berkata, idea memulakan perniagaan nasi kandar royal itu bermula ketika terkandas di Sarawak akibat pandemik COVID-19.

“Kerana merindui hidangan sinonim dengan kawasan utara itu, saya dan isteri saya cuba memasak sendiri dengan resipi yang dicipta sendiri.

“Kami mengajak rakanrakan terdekat merasai masakan kami dan mereka menyukainy­a serta mencadangk­an kepada kami berdua supaya cuba menjual kepada orang ramai,” jelasnya.

Ajileh berkata, hidangan nasi kandar itu tidak banyak ditawarkan di Sarawak dan atas alasan tersebut beliau bertekad mencuba nasib membuka perniagaan nasi kandar di negeri ini.

Katanya, keunikan nasi kandar royal adalah nasinya berwarna kuning berbanding nasi kandar lain lebih ke arah nasi kandar dari Pulau Pinang.

“Di Kedah, nasi kandarnya berwarna kuning dengan pelbagai lauk. Walaupun lauknya hampir sama, orang di Kedah memanggiln­ya nasi lemak royal bukan nasi kandar.

“Oleh itu, apabila saya membuka kedai di sini saya memilih untuk menggunaka­n nama nasi kandar royal dari Kedah agar lebih dikenali,” katanya.

 ?? ?? BERATUR: Orang ramai beratur mendapatka­n Nasi Kandar Royal di Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu semalam.
BERATUR: Orang ramai beratur mendapatka­n Nasi Kandar Royal di Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu semalam.
 ?? ?? MENYELERAK­AN: Ajileh menyiapkan masakan Nasi Kandar Royal dari Kedah pesanan pelanggann­ya di Sibu semalam.
MENYELERAK­AN: Ajileh menyiapkan masakan Nasi Kandar Royal dari Kedah pesanan pelanggann­ya di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia