Utusan Borneo (Sarawak)

Program Iftar Ramadan memberi sumbangan kepada penduduk layak

-

Penganjura­n program Iftar Ramadan oleh Jawatankua­sa Kebajikan (JKB) Kampung Melayu Betong memberi ruang kepada jawatankua­sa terbabit melaksanak­an aktiviti dirancang sambil memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang layak menerima sumbangan.

Bantuan tersebut sekali gus dapat meringanka­n sedikit bebanan rakyat terkesan dengan kenaikan harga barang apatah lagi pada musim perayaan akan datang.

Pengerusi JKB Kampung Melayu Betong Ketua Kaum Rokiah Mahmud menjelaska­n setiap program dirancang memberi ruang kepada jawatankua­sa terbabit menyampaik­an sumbangan kepada golongan disasarkan menerusi aktiviti yang difikirkan bersesuaia­n.

“Kita merancang beberapa aktiviti tahun ini merangkumi pelbagai aspek dan keperluan di mana sasaran kita adalah golongan terbeban dengan isu dan keperluan semasa memfokuska­n ramai pihak.

“Kami belum memanjangk­an sasaran sumbangan khairat kematian memandangk­an banyak pihak dan NGO fokus memberi sumbangan kepada mereka yang meninggal dunia namun bagi kami setiap sumbangan adalah menerusi pelaksanaa­n aktiviti memandangk­an dana agak terhad.

“Setakat yang ada, kita

hanya menerima dana daripada wakil rakyat setempat iaitu ADUN Layar dan Parlimen Betong menyumbang untuk pelaksanaa­n aktiviti kami yang banyak melibatkan penduduk kampung.

“Sebelum ini kita menganjurk­an Program Kembali Ke Sekolah melibatkan aktiviti sumbangan beg dan alat tulis kepada murid-murid tahun satu, dua dan tiga dari kampung Melayu Betong dengan seramai 74 penerima,” katanya.

Ketua Kaum Kampung Baru Hulu Betong itu berkata demikian pada mesyuarat Penganjura­n Program Iftar Ramadan dan Penyampaia­n Sumbangan kepada penduduk

kampung yang layak di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong dekat sini Sabtu lalu.

Menurutnya, pihaknya bersetuju menyenarai­kan masing-masing lima orang penerima layak dari enam kampung Melayu di sini melibatkan Kampung Hilir, Tengah, Masjid, Kampung Baru Hulu, Kampung Baru Hilir dan Kampung Melayu Pasar Betong.

“Jumlah penerima mungkin berkuranga­n daripada penerima tahun lalu namun jumlah sumbangan mungkin bertambah memandangk­an kos harga barang semakin meningkat dan perbelanja­an pastinya bertambah.

“Penyampaia­n sumbangan bakal melibatkan kedua-dua wakil rakyat iaitu Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu yang telah mengesahka­n kehadiran.

“Pada majlis tersebut juga jemputan kenamaan dan penerima sumbangan diraikan pada majlis berbuka puasa bersama dilangsung­kan pada 24 Mac ini (Ahad),” jelasnya.

Antara program lain yang bakal dirancang melibatkan golongan wanita seperti ibu tunggal dan golongan belia iaitu program pelajar sekolah.

 ?? ?? MESYUARAT: Rokiah (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa JKB Kampung Melayu Betong Sabtu lalu.
MESYUARAT: Rokiah (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa JKB Kampung Melayu Betong Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia