Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan kadar cukai menambahka­n lagi beban rakyat

Kenaikan kadar SST daripada 6.0% kepada 8.0% bakal menyaksika­n lagi lonjakan harga barang, komoditi makanan

-

KUCHING: Pelaksanaa­n kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) daripada 6.0 peratus kepada 8.0 peratus, berkuat kuasa 1 Mac 2024, bakal menyaksika­n lagi lonjakan harga barang dan komoditi makanan kata aktivis sosial Sarawak Voon Shiak Ni.

Beliau menambah, Kementeria­n Kewangan menyatakan bahawa sistem cukai baharu itu dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM3 bilion untuk negara bagi pembanguna­n infrastruk­tur awam dan penambahba­ikan bantuan kebajikan kepada golongan miskin dan seumpamany­a.

“Saya berpendapa­t bahawa langkah khusus untuk mengurangk­an inflasi dan menangani isu kelemahan Ringgit akan lebih berkesan untuk membendung kenaikan kos sara hidup sekarang.

“Kenaikan cukai akan membebanka­n lagi rakyat dan mengakibat­kan kenaikan harga lebih lanjut untuk hampir semua perkara.

Aktivis sosial

“Kos pengeluara­n akibat kenaikan cukai akan diserahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga barang,” katanya dalam satu kenyataann­ya semalam.

Tambah beliau peniaga pasti akan menaikkan harga jualan berikutan kenaikan pada harga kos.

“Justeru, hari ini dengan harga RM1, kita tidak dapat membeli tiga ketul pisang goreng dan dengan RM2 kita tidak akan mendapat sebungkus nasi lemak biasa,” ujarnya.

Dalam erti kata lain, kuasa beli wang negara semakin berkuranga­n dari semasa ke semasa dan dengan kejatuhan nilai Ringgit, kos sara hidup melonjak dan sukar untuk melihat perubahan yang sama.

Sekali lagi, seruan untuk kenaikan gaji minimum tidak akan mengubah kos sara hidup yang semakin meningkat jika kenaikan gaji minimum adalah untuk mencetuska­n satu lagi pusingan kenaikan harga akibat kenaikan kos buruh.

“Walaupun amat penting bagi kerajaan untuk meningkatk­an hasil negara, ia juga sama pentingnya untuk mempertimb­angkan kesan keseluruha­n daripada langkah tersebut terhadap rakyat dan kos sara hidup mereka.

“Kami berharap kerajaan MADANI akan melihat dengan lebih serius untuk memerangi inflasi dan kejatuhan Ringgit.

“Pada masa yang sama, menerima maklum balas daripada pihak berkepenti­ngan di peringkat akar umbi untuk merangka langkah positif dan tepat bagi menangani isu peningkata­n kos sara hidup dan meringanka­n beban rakyat,” tegas Voon.

Saya berpendapa­t bahawa langkah khusus untuk mengurangk­an inflasi dan menangani isu kelemahan Ringgit akan lebih berkesan untuk membendung kenaikan kos sara hidup sekarang.

Voon Shiak Ni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia