Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh individu leka bermain mahjong diberkas polis

Operasi judi mahjong di sebuah premis di Mukah tumpas

- Oleh Andy Sabang

MUKAH: Polis berjaya menggagalk­an operasi judi mahjong di sebuah premis tingkat atas bangunan di Mukah kelmarin.

Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar jam 4 petang itu, polis berjaya menahan tujuh lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian mahjong.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Allias berkata, semua suspek ditangkap ialah warga tempatan berumur antara 43 hingga 64 tahun.

“Serbuan itu merupakan hasil daripada intipan dijalankan oleh polis setelah menerima maklumat mengenai kegiatan perjudian tersebut di lokasi terbabit.

“Semasa serbuan dilakukan, polis mendapati dua orang lelaki dan seorang wanita sibuk bermain mahjong di sebuah meja.

“Manakala lima lelaki lain dilihat memerhatik­an permainan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM2,342 selain sebanyak 112 biji mahjong,

tiga biji dadu, dua meja dan lapan kerusi digunakan dalam aktiviti perjudian tersebut.

“Semua mereka ditahan serta barangan rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau

Serbuan itu merupakan hasil daripada intipan dijalankan oleh polis setelah menerima maklumat mengenai kegiatan perjudian tersebut di lokasi terbabit.

DSP Muhamad Rizal Allias Ketua Polis Daerah Mukah

kedua-duanya.

Muhamad Rizal turut menggesa orang ramai memberi maklumat jika terdapat sebarang aktiviti perjudian agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.

 ?? ?? SERBU: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis terletak di tingkat atas bangunan perniagaan di Mukah kelmarin.
SERBU: Anggota polis melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis terletak di tingkat atas bangunan perniagaan di Mukah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia