Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM Cawangan Miri ziarahi dua keluarga miskin di Tudan Desaras

-

MIRI: Jawatankua­sa Kecil Kebajikan, Kesihatan dan Komuniti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Miri telah menziarahi dua keluarga miskin di Tudan Desaras.

Pengerusi jawatankua­sa itu, Dr Uma menyampaik­an ceramah ringkas mengenai bahaya plastik, kepentinga­n kebersihan dan pemakanan sihat untuk mendidik ahli keluarga terbabit.

Lawatan itu kemudianny­a diteruskan dengan taklimat oleh Dayang Mariamah daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) kepada dua keluarga tersebut, mengenai perkhidmat­an yang disediakan oleh MBM dan pendekatan untuk mengetenga­hkan isu-isu berkaitan kepada pihak Majlis.

Semasa lawatan, pasukan itu turut membawa bersama bekas makanan keluli tahan karat untuk diedarkan kepada dua ahli keluarga itu sebagai sebahagian daripada latihan untuk menekankan bahaya bekas plastik.

“Bekas makanan keluli

tahan karat ini disumbangk­an oleh sekumpulan penderma yang tidak mahu dikenali dan PBSM Cawangan Miri ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaa­n kepada kumpulan penderma ini,” jelas Dr Uma.

Barangan lain yang dibawa ialah bakul makanan, lampin

pakai buang bayi dan pakaian.

“Lawatan sebegini akan dianjurkan dari semasa ke semasa dan kami berharap lebih ramai sukarelawa­n dapat tampil ke hadapan dan menyertai kami untuk menjadikan komuniti ini tempat yang lebih baik,” ujar beliau.

Seramai sembilan sukarelawa­n mengambil bahagian, yang diketuai sendiri Dr Uma Devi serta ahli jawatankua­sa dan kakitangan PBSM Cabang Miri terdiri daripada VP Govindasar­y, Anne Choo, Ricky, Randai Miang dan Zaiful Abdullah serta dua wakil Pejabat Perubatan Bahagian Miri.

 ?? ?? DIDIK: Ahli-ahli jawatankua­sa yang terlibat di kediaman salah sebuah keluarga yang disantuni mereka.
DIDIK: Ahli-ahli jawatankua­sa yang terlibat di kediaman salah sebuah keluarga yang disantuni mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia