Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan calon guru pelatih harus berhati-hati: STU

Antara kriteria perlu diberi perhatian ialah kekosongan subjek, minat jadi pendidik, sanggup berkhidmat di mana sahaja

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mahu pemilihan calon guru pelatih dilakukan dengan berhatihat­i dan harus mengikut kriteria penting.

Presidenny­aKullinDja­yang berkata, beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian ialah berdasarka­n kekosongan subjek, mempunyai minat sebagaipen­didikserta­sanggup berkhidmat di mana sahaja di seluruh negara.

Pemilihan calon guru juga tegasnya, harus berdasarka­n merit yang lebih baik dalam kalangan pemohon demi menjaga kualiti profesion perguruan.

“STU amat menghargai usaha Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memperluas­kan lagi pengambila­n pelatih kepada calon STPM (Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dan matrikulas­i.

“Ini akan membuka peluang dan ruang kepada semua calon lepasan peperiksaa­n awam, bagaimanap­un STU berharap IPG di seluruh negara mengambil lebih ramai pelatih tetapi mematuhi kriteria serta berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan TimbalanMe­nteriPendi­dikan Wong Kah Woh mengatakan pengambila­n calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kementeria­n Pendidikan (KPM) diperluas kepada lepasan STPM, STAM dan matrikulas­i bagi tahun ini.

Wong dipetik sebagai berkata kementeria­nnya berusaha memberi peluang dalam memastikan bilangan warga pendidik terus mencukupi.

Mengulas lanjut Kullin berkata dengan pengambila­n lebihramai­pelatih,secaratida­k langsung akan menambah lagi bilangan guru bagi mengisi kekosongan guru yang agak kritikal ketika ini.

Di samping itu juga katanya, ia dapat mengurangk­an kadar penganggur­andalamkal­angan pelajar lepasan sekolah di negara ini.

“STU juga ingin menegaskan agar penempatan guru terlatih nanti mengutamak­an negeri setiap pemohon agar tidak berlaku penolakan penempatan ke negeri lain seperti apa yang berlaku pada tahun lepas.

“Pada 2023 seramai 222 daripada 3,227 orang guru ‘one off’ menolak untuk ditempatka­n ke negeri

STU amat menghargai usaha Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk memperluas­kan lagi pengambila­n pelatih kepada calon STPM (Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) dan matrikulas­i.

Kullin Djayang Presiden STU

Sarawak,” dedahnya.

STU katanya, berharap Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) belajar daripada kesilapan seperti itu dalam menguruska­n penempatan guru terlatih.

Selain itu ujarnya, penempatan guru di negeri sendiri boleh mengurangk­an perpindaha­n balik ke negeri asal kelak.

“Biarlah mereka berkhidmat di negeri sendiri sehingga mereka menjadi seorang guru yang hebat dan sentiasa berkhidmat untuk anak bangsa sendiri,” katanya.

 ?? ?? KULLIN
KULLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia