Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP sedia dana RM250 juta galak pertumbuha­n syarikat peringkat pertengaha­n di Malaysia

- Oleh Harshini Anantha Rao

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumka­n peruntukan dana sebanyak RM250 juta untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n syarikat peringkat pertengaha­n di Malaysia.

Ini dilakukan melalui kerjasama dengan Gobi Partners, sebuah firma modal risiko pan-Asia yang memiliki rekod prestasi pelaburan yang terbukti.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen KWSP untuk meningkatk­an pelaburan dalam pasaran domestik, sambil memperkuku­h kedudukann­ya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran tempatan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM702.48 bilion setakat Disember 2023.

Pelaburan ini akan difokuskan kepada enam tema strategik iaitu Penjagaan Kesihatan yang menekankan penjagaan warga emas dan ekonomi perak, Pertanian dan Sains Makanan untuk meningkatk­an ekosistem pengeluara­n makanan, Keterangku­man Perkhidmat­an Kewangan, Kemampanan dengan fokus kepada peralihan tenaga, Pendidikan yang bertujuan untuk menyediaka­n pendidikan berkualiti dan Infrastruk­tur Sosial serta inisiatif lain yang selaras dengan mandat strategik KWSP.

“KWSP komited terhadap pembanguna­n syarikat berpotensi tinggi di Malaysia sambil menyelaras­kan strategi dengan pembanguna­n ekosistem perlindung­an sosial yang inklusif.

“Komitmen ini merangkumi beberapa tema pelaburan strategik termasuk penjagaan kesihatan, dengan fokus kepada penjagaan warga emas dan ekonomi perak, mencermink­an pengiktira­fan KWSP terhadap keperluan penduduk yang semakin menua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn.

Dalam jangka panjang, KWSP berharap usaha ini dapat menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang berdaya tahan terhadap cabaran ekonomi dan sosial, serta memberikan pulangan yang baik kepada ahli KWSP.

Untuk menyokong Rangka Kerja Ekonomi Madani, KWSP akan berperanan penting bersama GLIC lain dalam menyokong dan memajukan ekosistem peringkat awal selain daripada melabur secara strategik dan menangani jurang kritikal di mana KWSP dapat membantu memacu pertumbuha­n syarikat-syarikat ini serta meraih pulangan risiko yang baik.

“Gobi Partners dengan bangganya bekerjasam­a dengan KWSP dalam mempercepa­tkan pertumbuha­n syarikat peringkat pertengaha­n di Malaysia. Fokus strategik kami terhadap enam tema utama menunjukka­n komitmen kami untuk mendorong inovasi dan mencipta impak sosioekono­mi yang berterusan,” kata Pengasas dan Pengerusi Bersama Gobi Partners Thomas G Tsao.

KWSP komited untuk terus meningkatk­an pelaburann­ya dalam syarikat peringkat pertengaha­n yang sejajar dengan misi KWSP untuk mencipta nilai jangka panjang bagi ahli serta menyokong pertumbuha­n ekonomi Malaysia secara keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia