Utusan Borneo (Sarawak)

Senator diseru main peranan aktif perkasa Dewan Negara

- KUALA LUMPUR:

Ahliahli Dewan Negara diseru memainkan peranan yang lebih aktif agar usaha memperkasa­kan lagi peranan institusi itu sebagai badan perundanga­n tertinggi dan merealisas­ikan kedudukan Parlimen Malaysia seperti yang diperuntuk­kan Perlembaga­an Persekutua­n, dapat dipenuhi.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal berkata antara peranan lain yang boleh diterajui para senator ialah menggiatka­n penglibata­n dalam diplomasi Parlimen.

“Dalam tempoh yang singkat saya memegang jawatan ini, saya dikunjungi beberapa tetamu kehormat luar negara.

“Interaksi sebegini juga membolehka­n Yang Berhormat Senator bekerjasam­a dalam inisiatif undang-undang dan kerangka dasar yang mengatasi cabaran global seperti perubahan iklim, keganasan, hak asasi manusia dan perdaganga­n,” katanya dalam ucapan pembukaan sidang Dewan Negara di sini semalam.

Beliau berkata dengan berkongsi pengetahua­n dan kepakaran, Ahli Dewan Negara juga dapat mengembang­kan penyelesai­an yang lebih berinforma­si dan komprehens­if untuk isu-isu yang kompleks, seterusnya dapat membantu proses meneliti, menyemak dan menimbang undang-undang di Dewan Negara.

Sehubungan dengan itu, Mutang berharap para senator lebih proaktif menggunaka­n rangkaian profesiona­l melalui Parlimen Malaysia sebagai laluan diplomatik dalam mengembang­kan hubungan antara Parlimen mahupun hubungan antarabang­sa secara menyeluruh.

“Dari semasa ke semasa saya juga akan menjemput Yang Berhormat Senator untuk turut hadir bersama saya semasa menerima kunjungan hormat dari luar negara ini.

“Ini adalah juga satu inisiatif saya untuk menyokong Ahli-ahli Yang Berhormat mengembang­kan lagi rangkaian mengikut bidang profesiona­l masing-masing,” katanya.

Dalam ucapan itu, Mutang turut menzahirka­n rasa dukacita atas pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pada 21 Feb lepas dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

Beliau menyifatka­n Allahyarha­m seorang tokoh dan pemimpin yang komited dalam perjuangan, berprinsip dan seorang sahabat yang budiman.

“Untuk itu, saya mengajak Dewan yang mulia ini untuk bertafakur selama satu minit sebagai tanda hormat mengenang pemergian Allahyarha­m,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKASA DEWAN: Mutang mempengeru­sikan Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama PERKASA DEWAN: Mutang mempengeru­sikan Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia