Utusan Borneo (Sarawak)

Nigeria beri penghormat­an kepada 16 tentera yang terkorban dalam misi rundingan

-

Presiden Nigeria kelmarin memberikan penghormat­an kepada 16 anggota tentera yang terkorban dalam satu misi rundingan melibatkan dua komuniti berperang di selatan negara ini dan berjanji akan membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Pasukan tentera telah memberikan respons kepada ketegangan antara komuniti Okuama dan Okoloba di wilayah selatan Delta yang kaya dengan minyak.

“Pesalah yang bersifat pengecut bertanggun­gjawab bagi jenayah kejam ini tidak akan terlepas daripada hukuman,” kata Presiden Bola Ahmed Tinubu, sebagai tanda memberikan penghormat­an kepada pengorbana­n anggota tentera.

“Ibu pejabat Pertahanan dan Ketua Kakitangan Pertahanan telah diberikan kuasa penuh untuk membawa ke pengadilan sesiapa yang didapati telah bertanggun­gjawab bagi jenayah tidak berperikem­anusiaan ini terhadap penduduk Nigeria,” tambah Tinubu.

Tinubu menyatakan seorang warga awam turut terbunuh dalam apa yang dia katakan sebagai “satu serangan secara langsung ke atas negara kita”.

Pihak tentera Nigeria menyatakan pada Sabtu anggota tentera telah terkorban di wilayah Bomadi pada Khamis selepas dikepung oleh belia tempatan, ketika satu usaha untuk berunding antara etnik Urhobo di kampung Okuama, dan etnik Ijaw dari kampung berhampira­n Okoloba.

Brigadier Jeneral Tukur Gusau menyatakan anggota tentera telah “memberikan respons kepada satu panggilan kecemasan”, dengan laporan media mendakwa komuniti yang bermusuhan telah bertelagah beberapa kali mengenai pemilikan tanah dan hak penangkapa­n ikan sejak beberapa minggu lepas, menyebabka­n beberapa orang terkorban.

Gusau menyatakan satu siasatan sedang dilakukan dan beberapa tangkapan telah dilakukan.

Ketua kampung Okoloba Clement Koki memberitah­u AFP bahawa belia Okuama dan “tentera upahan” memberi ancaman yang ketara selama beberapa bulan.

Seorang penduduk Okuama yang bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n, memberitah­u

AFP bahawa pihak tentera telah berbohong mengenai kejadian itu dan menyatakan “kebanyakan anggota tentera yang meninggal dunia adalah Okoloba yang memakai pakaian seragam” yang menurut beliau telah “melepaskan tembakan” ke arah kampungnya, membawa kepada tindakan balas bersenjata.

Femi Falana, seorang peguam dan pejuang kempen hak asasi manusia, menggesa pihak tentera untuk menolak sebarang godaan terhadap sama ada salah satu daripada dua komuniti itu untuk menyerang balas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia