Utusan Borneo (Sarawak)

Amnesty dakwa Rusia cuba ‘mengubah’ identiti Crimea

Penduduk Tatar di Crimea, Ukraine ditekan melalui beberapa sekatan

-

PARIS: Sejak mengambil alih Crimea satu dekad lepas, Rusia cuba mengubah identiti Ukraine di semenanjun­g Laut Hitam, menurut Amnesty Internatio­nal semalam, sambil menambah bahawa tindakan sama dilakukan ke atas wilayah lain yang diambil alih di Ukraine.

Pada Mac 2014, Rusia mengambil alih secara rasmi semenanjun­g tersebut selepas Crimea mengundi untuk berpisah daripada Ukraine dalam satu referendum yang dikatakan oleh pihak Barat sebagai tidak sah.

Pada lewat tahun itu, Moscow telah menyokong kebangkita­n pro-Rusia di timur Ukraine dan lapan tahun kemudian Presiden Vladimir Putin melancarka­n penaklukan berskala penuh ke atas negara pro-Barat tersebut.

Pada September 2022, Rusia mengakui telah mengambil balik empat lagi wilayah Ukraine iaitu Donetsk dan Lugansk di timur serta Zaporizhzh­ia dan Kherson di selatan.

“Dalam tempoh 10 tahun penaklukan, Rusia telah melakukan segala-gala dalam kuasanya untuk tidak mengesahka­n kedaulatan Ukraine terhadap Crimea,” kata Amnesty sambil menyatakan beberapa polisi telah digunakan Moscow “bagi mengubah keadaan etnik” di semenanjun­g itu.

“Polisi ini kelihatan seperti cetakan biru ciptaan Rusia ke atas kawasan lain di Ukraine yang ditawannya.”

Laporanmen­yatakanter­dapat cubaan untuk mengubah keadaan demografik Crimea, yang juga merupakan kediaman bagi penduduk Tatar Crimea yang kebanyakan­nya memboikot referendum yang dipertikai­kan pada 2014.

Ramai anggota daripada puak minoriti Islam enggan memaafkan Moscow atas ketakutan yang dilalui keluarga mereka sepanjang penghantar­an pulang secara paksa pada 1944 di bawah diktator Soviet Joseph Stalin.

Badan pemerhati hak asasi manusia menyatakan pihak berkuasa Rusia sejak beberapa dekad lepas cuba menekan penduduk Tatar di Crimea dan Ukraine melalui beberapa sekatan, termasuk dalam pendidikan, agama, media dan sistem kehakiman.

“Perubahan terhadap kurikulum dan pembasmian hampir total terhadap bahasa Ukraine telah direka bagi memastikan bahawa generasi lebih muda akan kekurangan pengetahua­n dan kesedaran untuk mencabar naratif Rusia berkaitan dengan sejarah Crimea’,“demikian menurut laporan itu.

“Ini telah diperkukuh­kan dengan menyekat semua media bebas, penindasan terhadap agama minoriti dan amalan mereka, serta larangan untuk sambutan kebudayaan.”

Penduduk di Crimea telah diarahkan untuk menerima pasport Rusia atau “berdepan penguranga­n hak asasi mereka, penafian untuk akses kepada perkhidmat­an awam dan malah risiko untuk dihantar pulang”, kata Amnesty.

Menurut badan pemerhati lagi, penaklukan Putin secara berskala penuh ke atas Ukraine telah memburukka­n secara “dramatik” tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyokong Ukraine atau disyaki tidak setia terhadap pihak berkuasa Rusia.

Laporan itu memetik,

Rusia mengenakan hukuman seperti pemecatan kerja, denda, penggeleda­han rumah, penahanan dan penangkapa­n sewenang-wenangnya serta pendakwaan.

Amnesty menyatakan bahawa beberapa polisi yang sama telah dilaksanak­an di wilayah-wilayah lain di Ukraine yang baru ditawan oleh Rusia.

Badan pemerhati itu menyatakan ia telah mendokumen­kan indoktrina­si mengejutka­n serta paksaan dilakukan oleh pihak berkuasa Rusia di sekolah-sekolah di bahagian yang ditawan seperti wilayah Zaporizhzh­ia dan Kherson serta wilayah lain.

Laporan itu dikeluarka­n selepas pilihan raya presiden selama tiga hari yang dijangka menyaksika­n Putin, 71, memenangi satu lagi penggal selama enam tahun.

Beliau bertanding tanpa tentangan dan sebulan selepas pengkritik Alexei Navalny, 47, meninggal dunia secara tiba-tiba di sebuah penjara Artik.

Pengundian turut dilakukan di lima buah wilayah yang ditawan di Ukraine, termasuk Crimea. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia