Utusan Borneo (Sarawak)

Israel sahkan seorang tentera maut semasa serangan 7 Oktober

- BAITULMUQA­DDIS:

Pihak tentera Israel menyatakan pada Ahad bahawa seorang anggota tentera yang dipercayai ditahan sebagai tebusan di Semenanjun­g Gaza telah meninggal dunia ketika serangan Hamas pada 7 Oktober.

Kapten Daniel Perez, 22, terkorban dalam serangan yang tidak dijangkaka­n di selatan Israel yang mencetuska­n peperangan di Gaza sehingga kini dan “mayatnya berada di tangan sebuah pertubuhan pengganas”, demikian menurut satu kenyataan.

Dia merupakan tebusan yang ke-33 disahkan meninggal dunia termasuk lapan anggota tentera daripada 130 orang tahanan yang masih ditahan di Semenanjun­g Gaza.

Militan Hamas telah menahan kira-kira 250 tebusan ketika satu serangan yang membawa kepada kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakan­nya adalah orang awam, menurut jumlah rasmi yang diberikan Israel kepada AFP.

Keluarga Perez telah dimaklumka­n dan dia dinaikkan pangkat selepas kematian kepada pangkat leftenan, menurut kenyataan tentera kelmarin.

Pengesahan bagi kematianny­a muncul lima hari selepas pihak tentera mengumumka­n bahawa seorang lagi anggota tentera dipercayai ditahan di Gaza, Sarjan Itay Hen berusia 19 tahun, turut terkorban pada 7 Oktober.

Ketika satu rali meminta tebusan dipulangka­n pada malam Sabtu, ayah Perez, Rabbi Daniel Perez, menyatakan “semua tebusan telah diambil dari buaian mereka, dari katil mereka dan mereka yang mempertaha­nkan rakyatnya harus pulang tanpa syarat.”

Kempen serangan balas tentera Israel untuk menghapusk­an Hamas telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 31,645 orang di Gaza, menurut pihak kementeria­n kesihatan di wilayah yang ditadbir oleh Hamas.

Israel dijangka akan menghantar satu delegasi ke Qatar untuk menyertai rundingan baharu mengenai perjanjian berpotensi di Gaza yang turut menyaksika­n tebusan ditukarkan dengan tahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia