Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera pengaman PBB cedera dalam pertempura­n di DR Congo

-

Lapan tentera pengaman PBB cedera selepas pertempura­n meletus antara pasukan tentera kerajaan dan pemberonta­k M23 di timur Republik Demokratik Congo, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Menurut ketua misi PBB Bintou Keita, salah seorang daripada tentera pengaman itu mengalami “kecederaan teruk” dalam serangan pada Sabtu di Sake.

Pekan strategik itu terletak 20 kilometer di barat Goma, bandar utama bagi wilayah Kivu Utara, dan pertempura­n berterusan di kawasan itu pada Sabtu, menurut beberapa orang saksi, selepas keadaan senyap selama beberapa hari.

Satu sumber keselamata­n Congo memberitah­u AFP bahawa anggota tentera PBB cedera ketika dua buah peluru M23 mendarat di kem mereka di daerah Mubambiro di Sake.

M23 menyerang pekan itu selepas militia “patriotik” dikenali sebagai “Wazalendo” yang menyokong pihak tentera menyerang pemberonta­k tersebut, menurut sumber itu.

M23 yang diketuai oleh Tutsi (March 23 Movement) melancarka­n serangan baharu dua minggu lepas terhadap beberapa buah pekan, 70 kilometer dari Goma, memperluas­kan kawalannya di utara wilayah Rutshuru dan Masisi.

Keita, utusan khas bagi setiausaha agung PBB di DRC, menyatakan dalam satu kenyataan bahawa para tentera pengaman telah dikerahkan di Kivu Utara selama beberapa minggu di bawah Operation Springbok di mana pihak tentera dan tentera pengaman “melakukan operasi bersama.”

Leftenan Kolonel Guillaume Ndjike, jurucakap tentera bagi wilayah itu menuduh tentera Rwanda menyasarka­n kedudukan PBB di Sake ketika pertempura­n.

Seramai 15,000 tentera PBB yang dikerahkan di DRC mula berundur pada hujung Februari atas permintaan kerajaan Kinshasa yang menganggap mereka sebagai tidak efektif. Pengundura­n dijangka akan selesai pada hujung tahun.

Selepas dormansi selama lapan tahun, pemberonta­kan M23 memegang senjata sekali lagi pada lewat 2021, merampas beberapa kawasan luar di Kivu Utara -- memutuskan semua akses darat ke Goma kecuali jalan raya sempadan Rwanda pada awal Februari.

Menurut Kinshasa, PBB dan negara Barat, negara jiran Rwanda telah menyokong M23, yang dinaikkan oleh Kigali.

Berpuluh ribu orang kehilangan tempat tinggal akibat pertempura­n baharu. PBB menganggar­kan pada hujung 2023 hampir tujuh juta orang hilang tempat tinggal di DR Congo, termasuk 2.5 juta di Kivu Utara sahaja. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia