Utusan Borneo (Sarawak)

21 maut selepas bas, lori tangki minyak dan motosikal bertembung

-

Seramai 21 orang terkorban dan 38 lagi cedera apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lori tangki minyak dan sebuah motosikal di wilayah Helmand di selatan Afghanista­n pada Ahad, demikian menurut pegawai wilayah.

Kemalangan maut adalah biasa di negara ini, yang sebahagian­nya disebabkan jalan raya teruk, pemanduan secara berbahaya di atas lebuh raya dan peraturan yang lemah.

“Pada pagi Ahad, 21 orang telah terkorban dan 38 orang tercedera disebabkan satu pertembung­an antara sebuah lori tangki, sebuah motosikal dan sebuah bas penumpang,” kata jabatan maklumat wilayah dalam satu pautan menerusi X.

Kemalangan berlaku di lebuh raya Herat-Kandahar di daerah Grishk wilayah Helmand, tambahnya.

Pertembung­an itu menyebabka­n kenderaan tersebut terbakar, kata jurucakap gabenor Helmand Mohammad Qasim Riyaz kepada AFP.

Gambar yang dikongsika­n oleh jabatan maklumat menerusi media sosial menunjukka­n besi rentung bersepah di atas lebuh raya dan kabin lori tangki hancur.

Menurut pihat berkuasa, kru-kru pembersiha­n sudah berada di kawasan itu untuk memindahka­n serpihan.

Antara mangsa yang cedera seramai 11 orang mengalami kecederaan serius dan 27 orang hanya cedera ringan.

Bas penumpang itu dalam perjalanan dari bandar Heart ke ibu negara Kabul ketika ia bertembung dengan sebuah motosikal yang membawa dua orang, membunuh kedua-dua penunggang­nya, kata pegawai pengurusan lalu lintas Helmand, menurut kepada jabatan maklumat.

Pemandu bas itu telah hilang kawalan dan merempuh sebuah lori tangki minyak yang dalam perjalanan dari arah bertentang­an dari bandar selatan Kandahar ke Herat, menyebabka­n kebakaran.

Kemalangan itu telah membunuh tiga orang di dalam lori tangki dan 16 orang penumpag bas.

Satu lagi kemalangan serius melibatkan sebuah lori tangki minyak berlaku pada Disember 2022, ketika kenderaan itu terbalik dan terbakar di lebuh raya beraltitud tinggi Salang di Afghanista­n, mengorbank­an 31 orang dan menyebabka­n beberapa orang lagi mengalami kecederaan melecur. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMALANGAN NGERI: Gambar serahan Jabatan Informasi Helmand kelmarin menunjukka­n pegawai keselamata­n dan sukarelawa­n berada berdekatan dengan lokasi kemalangan yang melibatkan lori tangki minyak, bas dan motosikal di lebuh raya Herat-Kandahar di Grishk daerah Helmand.
— Gambar AFP KEMALANGAN NGERI: Gambar serahan Jabatan Informasi Helmand kelmarin menunjukka­n pegawai keselamata­n dan sukarelawa­n berada berdekatan dengan lokasi kemalangan yang melibatkan lori tangki minyak, bas dan motosikal di lebuh raya Herat-Kandahar di Grishk daerah Helmand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia