Utusan Borneo (Sarawak)

Polis buka kertas siasatan berkaitan kes penjualan stoking kalimah Allah

-

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart Bandar Sunway seperti yang tular melalui media sosial sejak 13 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sehingga kini, sebanyak 36 laporan polis telah diterima berkaitan rasa tidak puas hati terhadap penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan ketika ini, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan serta vendor terlibat bagi memastikan stoking ini tidak berada di mana-mana pasaran di dalam negara.

“Walaupun KK Mart dan vendor sudah minta maaf, kita akan terus siasat kerana hal ini mencetuska­n kegemparan dan kegusaran awam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai tindakan kementeria­n berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di premis KK

Mart Bandar Sunway.

Shamsul Anuar pada masa sama mengesahka­n pemeriksaa­n kementeria­n mendapati tiada lagi penjualan stoking berkenaan di semua premis KK Mart di seluruh negara.

Menjawab soalan asal Mohd Hasnizan Harun (PNHulu Selangor) mengenai pemantauan terhadap bahan penerbitan supaya bebas unsur lucah, tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah umat Islam, beliau berkata setakat 2023, sejumlah 5,516 tajuk penerbitan telah dikenakan tindakan supaya

tidak berada dalam masyarakat di negara ini.

“Kawal selia mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tindakan penguatkua­saan bukan sahaja merujuk kepada aktiviti penjualan dan pengimport­an, tetapi turut diambil terhadap penerbit, pencetak, pengedar termasuk pemilik mana-mana penerbitan yang menyalahi akta.

“Antara tindakan penguatkua­saan yang diambil jika terdapat kesalahan berkaitan kemoralan ialah penyitaan atau penahanan, siasatan

dan pendakwaan kepada pesalah. Bahan penerbitan, buku atau bahan bacaan yang tidak bermoral terbabit akan dikenakan tindakan seperti Perintah Larangan, Tahan Penghantar­serahan dan Tolak Pengimport­an,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang antara lain bertujuan memenuhi keperluan semasa terutama berkaitan jenayah dalam talian dijangka dibentangk­an pada sesi Parlimen tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG DEWAN NEGARA: Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SIDANG DEWAN NEGARA: Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia