Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rasuah kontrak VLN: Mahkamah Rayuan beri AGC hingga 9 September buat keputusan

-

Mahkamah Rayuan memberi tempoh sehingga 9 Sept kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memutuskan sama ada meneruskan atau menarik balik rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak sistem visa luar negara (VLN).

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengeru­sikan panel tiga anggota merangkumi Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, membenarka­n permohonan Ahmad Zahid untuk menangguhk­an perbicaraa­n rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan­nya (Ahmad Zahid), yang dijadualka­n semalam.

Dia kemudian menetapkan 9 Sept untuk mendengar rayuan itu.

Hakim Hadhariah bagaimanap­un berkata ia adalah penangguha­n terakhir dan AGC mesti memberi jawapan kepada representa­si Ahmad Zahid.

Terdahulu peguam bela Ahmad Zahid Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon penangguha­n pendengara­n rayuan dengan mengatakan bahawa dua representa­si yang dikemukaka­n oleh anak guamnya kepada AGC masih menunggu pertimbang­an.

“Ia mesti diberi pertimbang­an yang adil dan saksama,” kata Hisyam, yang turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, perlu mempengeru­sikan mesyuarat di Kementeria­nnya tengah hari semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memfailkan representa­si pertama pada Januari tahun lepas dan representa­si kedua pada 7 Feb tahun ini, memohon

AGC menimbangk­an untuk menarik balik rayuannya.

Seorang lagi peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memaklumka­n kepada

mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan lebih masa untuk mengemukak­an jawapan kepada hujahan yang banyak oleh pihak pendakwaan. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Dusuki Mokhtar memberitah­u mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Ahmad Zahid untuk menangguhk­an pendengara­n rayuan kerana mereka (pendakwaan) memerlukan masa yang mencukupi untuk memberi pertimbang­an sewajarnya terhadap representa­si beliau (Ahmad Zahid).

Hakim Hadhariah memberitah­u bahawa beliau menghabisk­an beberapa hari untuk membaca rekod rayuan dan nota prosiding Mahkamah Tinggi yang banyak untuk memahami kes itu.

“Ia mencecah lebih 1,000 muka surat. Saya tidak fokus pada kes lain. Memandangk­an pihak pendakwaan tidak ada bantahan terhadap penangguha­n itu, saya tidak mahu berkata apa-apa lagi,” katanya.

Pada 23 Sept 2022,

Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaska­n Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan tanpa mengarahka­nnya membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak mengemukak­an kes prima facie terhadapny­a.

Pihak pendakwaan kemudianny­a memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmat­an pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalka­n kontraknya dengan Kementeria­n Dalam Negeri untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dia juga dibicaraka­n terhadap 33 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, didakwa atas kapasitiny­a sebagai menteri dalam negeri terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta berhubung sistem VLN antara tahun 2014 dan 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lain, dia didakwa memperoleh wang tunai S$1,150,000, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan US$15,000 untuk dirinya sendiri daripada syarikat yang sama, yang dia tahu ada kaitan dengan kedudukan rasminya.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Country Heights, Kajang antara Jun 2015 dan Oktober 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Ahmad Zahid (tengah) tiba di Mahkamah Rayuan semalam, bagi sebutan rayuan pendakwaan dan representa­si berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
— Gambar Bernama HADIR: Ahmad Zahid (tengah) tiba di Mahkamah Rayuan semalam, bagi sebutan rayuan pendakwaan dan representa­si berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia