Utusan Borneo (Sarawak)

Leverkusen meraih kemenangan 3-2 di Freiburg dalam aksi Bundesliga Jerman

-

Florian Wirtz menjaringk­an gol seawal 84 saat selepas sepak mula permainan ketika Bayer Leverkusen mengharung­i 38 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an dengan kemenangan 3-2 di Freiburg dalam aksi Bundesliga Jerman pada Ahad.

Kemenangan liga yang ketujuh Leverkusen mengekalka­n mereka berkelebih­an 10 mata di singgahsan­a liga berbanding pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Bayern Munich dengan berbaki lapan perlawanan sahaja lagi dalam impian memburu kejuaraan Bundesliga yang pertama kelab.

“Ia adalah prestasi yang baik, kemenangan selayaknya. Ia bukan mudah untuk menang di Freiburg tetapi kami terus berusaha,” kata jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso sebelum memuji prestasi Wirtz.

“Ia bukan kerana gol yang dia jaringkan, dia bermain dengan sangat baik. Dia mempunyai kualiti dan saya berasa sangat gembira dengan perkembang­annya.”

Wirtz, salah seorang pemain yang beraksi dengan baik musim ini, memulakan permainan dengan bergaya. Penyerang antarabang­sa Jerman itu melakukan larian deras dari sayap kiri dan melakukan satu rembatan tepat dengan kaki kiri untuk menjaringk­an gol liga yang ketujuhnya musim ini.

Gol awal itu menyentak Freiburg, yang memulakan perlawanan dengan kekalahan memalukan 0-5 kepada West Ham United dalam Liga Europa, dengan Leverkusen akan bertemu West Ham di peringkat suku akhir kejohanan itu bulan hadapan.

Freiburg bangkit apabila penyerang Ritsu Doan bertukar hantaran dengan Lucas Hoeler sebelum menewaskan penjaga gol Lukas Hradecky.

Leverkusen bagaimanap­un kembali di hadapan sebelum rehat apabila Adam Hlozek menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas selepas satu kesilapan oleh penjaga gol Freiburg, Noah Atubolu.

Patrik Schick menjaringk­an gol ketiga Leverkusen dari satu serangan pantas.

Yannik Keitel merapatkan kedudukan buat Freiburg pada lewat permainan namun ia ternyata terlalu lewat untuk mengubah nasib pasukan yang kekal di tangga kesembilan liga dan impian kelayakan ke kejohanan di Eropah semakin tercicir.

Pada perlawanan lain, Borussia Dortmund memerlukan gol lewat untuk menewaskan Eintracht Frankfurt 3-1 dan terus kekal satu mata di hadapan RB Leipzig dalam saingan untuk empat tangga teratas liga.

Dortmund, yang menewaskan PSV Eindhoven dalam aksi Liga Juara-Juara untuk menempah pertemuan sukuakhir menentangA­tletico Madrid, ketinggala­n menerusi gol Mario Goetze.

Tetapi pasukan tuan rumah mengikat kedudukan menerusi gol Karim Adeyemi sebelum rehat.

Mats Hummels meletakkan Dortmund kembali di hadapan pada minit ke-81 sebelum penalti Emre Can melengkapk­an jaringan.

“Kami sekarang sudah menang empat perlawanan terakhir dan memulakan rehat bola sepak antarabang­sa dengan keyakinan lebih tinggi berbanding dua minggu lepas,” kata Hummels.

“Kami sangat berpuas hati melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara tetapi dalam Bundesliga Jerman, kami agak ketinggala­n.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Freiburg Kiliann Sildillia (kiri) dan Wirtz bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Bayer Leverkusen di Freiburg, Jerman, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Freiburg Kiliann Sildillia (kiri) dan Wirtz bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Freiburg dan Bayer Leverkusen di Freiburg, Jerman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia