Utusan Borneo (Sarawak)

Lewandowsk­i bantu Barca mengatasi Atletico 3-0, kekal pertahan kejuaraan

-

Robert Lewandowsk­i membantu Barcelona menang selesa 3-0 di Atletico Madrid pada Ahad dan mengekalka­n harapan tipis untuk mempertaha­nkan kejuaraan La Liga Sepanyol.

Lewandowsk­i mengumpan gol yang dijaringka­n Joao Felix dan Fermin Lopez di antara golnya sendiri untuk mengekalka­n Barcelona di tangga kedua liga, lapan mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid.

Barca, yang melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara minggu lepas, menjadi pasukan pertama yang menewaskan Atletico di Stadium Metropolit­ano musim ini.

Barca adalah pasukan terakhir yang menang di Atletico dalam La Liga, dengan skuad kendalian Diego Simeone itu mengharung­i 25 perlawanan tanpa kalah di antara kekalahan ini.

Mereka hilang fokus menentang skuad kendalian Xavi Hernandez, yang sekarang sudah meraih lima kemenangan ke atas Atletico dan belum tewas dalam 10 perlawanan sejak Xavi mengumumka­n bahawa dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih Barca pada akhir musim ini.

Barca kini berkelebih­an dua mata berbanding Girona di tangga ketiga sementara Atletico kekal di tangga kelima selepas dipintas Athletic Bilbao pada Sabtu.

“Kami percaya sehingga ke akhirnya, dan sekarang kami di tangga kedua, cuba merapatkan jurang mata dan bersaing untuk kejuaraan La Liga,” kata Lopez.

“Kami dalam rentak yang baik dan kami mahu meneruskan­nya selama mana yang kami mampu.”

Barcelona menurunkan Hector Fort di posisi per“Pasukan

tahanan kiri, menggantik­an Joao Cancelo yang mengalami kecederaan sementara Andreas Christense­n diganti oleh Lopez selepas mengalami masalah ketika sesi memanas badan.

Ini bermakna Ilkay Gundogan terpaksa bermain di posisi tengah bertahan dan Barca terpaksa berdepan Atletico tanpa pertahanan kental Christense­n sejak beberapa minggu, menambah ketiadaan Frenkie de Jong, Pedri dan Gavi.

Atletico bermain sehingga masa tambahan ketika menewaskan Inter Milan untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Rabu lepas dan walaupun Barcelona menewaskan Napoli sehari sebelum itu, Atletico memulakan permainan dengan lebih cergas.

Pablo Barrios mensiasiak­an peluang awal untuk Atletico dengan cubaannya tersasar.

Pemain pertahanan Barca berusia 17 tahun, Pau Cubarsi, yang dipanggil ke skuad kebangsaan Sepanyol buat kali pertama, beraksi baik menghadang rembatan penyerang

Atletico, Alvaro Morata.

Bagaimanap­un, Barca membuka jaringan pada minit ke-38 apabila melancarka­n gerakan cantik buat kali pertama dalam perlawanan itu.

Gundogan memulakan gerakan dari tengah padang dan mengumpan bola kepada Lewandowsk­i, yang kemudian melorong bola kepada Felix untuk merembat bola ke pintu gol kelab yang meminjamka­nnya kepada Barca.

Penyerang antarabang­sa Portugal itu menjaringk­an gol tunggal apabila kedua-dua pasukan bertemu pada bulan Disember lepas dan sekali lagi dia menjadi duri dalam daging buat Atletico ketika menerima siulan (cemuhan) daripada penyokong Atletico sepanjang perlawanan.

Xavi diarah meninggalk­an padang sebelum rehat kerana bantahan keterlalua­n tetapi pasukannya tetap tidak hilang rentak dalam separuh masa kedua.

Simeone memasukkan Antoine Griezmann dan Memphis Depay, dalam usaha mencari ketajaman di jentera serangan.

Namun Lewandowsk­i

menjaringk­an gol kedua Barca selepas Rodrigo de Paul hilang bola di hadapan kotak penalti.

Atletico mulai keletihan selepas kemenangan ke atas Inter Milan dalam 120 minit permainan dan Barca mengambil sepenuh peluang dengan Lopez menanduk umpanan kemas Lewandowsk­i untuk gol ketiga.

Barcelona memasukkan pemain tengah, Marc Casado, 20, pada akhir permainan untuk penampilan sulungnya dalam La Liga dengan Atletico kehilangan seorang pemain apabila Nahuel Molina dibuang padang selepas mengasari Vitor Roque.

“Di tempat sendiri, kami adalah pasukan yang kuat. Kami menerima padah kerana usaha kami ketika menentang Inter Milan,” kata Koke.

“Sekarang ada rehat bola sepak antarabang­sa dan kami harus mengembali­kan semula tenaga untuk cabaran seterusnya.

“Sasaran kami ialah untuk menamatkan saingan di empat tangga teratas liga.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KENCANG: Lewandowsk­i menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico de Madrid dan Barcelona di stadium Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP KENCANG: Lewandowsk­i menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico de Madrid dan Barcelona di stadium Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia