Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool pasrah, tewas 3-4 kepada Manchester United

Sekali gus menamatkan impian memburu empat kejuaraan dalam musim terakhir Klopp sebagai pengurus The Reds

- Erik Ten Hag Pengurus Manchester United

MANCHESTER: Manchester United menamatkan impian Liverpool memburu empat kejuaraan dalam musim terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus selepas Amad Diallo menjaringk­an gol kemenangan 4-3 pada perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris selepas masa tambahan.

Diallo dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua perlawanan selepas menanggalk­an jersinya ketika meraikan gol pada akhir 120 minit permainan yang menghidupk­an peluang United untuk menamatkan musim dengan satu kejuaraan.

Skuad kendalian Erik ten Hag pastinya yakin untuk melangkah ke final untuk musim kedua berturut-turut selepas diundi menentang kelab Liga Kejuaraan, Coventry City di separuh akhir.

Dua gol dalam tiga minit oleh Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah pada akhir separuh masa pertama kelihatan memihak kepada Liverpool selepas Scott McTominay membuka jaringan buat United.

Gol pertama Antony di Old Trafford untuk lebih dari setahun memastikan United membawa permainan ke 30 minit masa tambahan dengan gol penyamaan 2-2.

Liverpool kembali di hadapan sekali lagi menerusi gol Harvey Elliott tetapi Marcus Rashford, yang terlepas peluang awal untuk memenangi perlawanan pada minit kecederaan, menebus kesilapann­ya dengan menjaringk­an gol penyamaan 3-3.

Diallo kemudian menjaringk­an gol keduanya bersama United dalam minit tambahan dari satu serangan pantas bermula dari tendangan sudut Liverpool, dimulakan oleh Alejandro Garnacho.

“Apabila ia adalah perlawanan Manchester United menentang Liverpool, ia adalah salah satu perlawanan bola sepak terbesar dunia. Ia perlawanan bersejarah,” kata Ten Hag.

menunjukka­n daya tahan dan keazaman untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami mempunyai begitu banyak kekecewaan. Kami sangat kuat dari segi mental. Kami memberikan semangat kepada penyokong, mereka menyokong kami dan kami menang.”

United ketinggala­n 17 mata di belakang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan selepas tersingkir awal dari Liga Juara-Juara dan Piala Liga Inggeris, tekanan ke atas Ten Hag jika dia mahu terus membimbing kelab untuk musim ketiga.

United bermula seperti pasukan yang tahu musim mereka bergantung kepada kemenangan dengan aksi memberangs­angkan dan memperoleh­i ganjaran.

Rembatan awal Garnacho diselamatk­an penjaga gol Liverpool, Caoimin Kelleher tetapi bola melantun ke arah McTominay yang merembat bola muntah untuk gol peribadi kesembilan­nya musim ini.

Liverpool memiliki lebih jadual perlawanan yang sukar beberapa minggu yang lalu berbanding United ketika masih bersaing dalam tiga pertanding­an, selepas menjulang trofi Piala Liga Inggeris

bulan lepas.

“Ia adalah kali pertama saya melihat pasukan saya benarbenar bergelut. Begitulah situasinya, kami bermain dengan sangat banyak barubaru ini,” kata Klopp.

“Tahniah kepada United, mereka bersaing sangat kuat.”

Liverpool mengambil masa setengah jam untuk menemui rentak tetapi sebaik sahaja mengawal permainan, mereka kelihatan lebih berkesan di hadapan pintu gol lawan.

Anak buah Klopp mengikat kedudukan pada akhir separuh masa pertama apabila rembatan Mac Allister terkena pemain United dan mengeliruk­an penjaga gol Andre Onana.

Tiga minit kemudian, Liverpool berada di hadapan buat kali pertama selepas Salah menjaringk­an gol.

Liverpool semakin mengawal permainan selepas rehat tetapi mereka pastinya rasa bersalah apabila gagal menamatkan saingan lawan.

United kelihatan kurang kreativiti ketika menyerang

sehinggala­h Antony menjadi wira yang tidak diduga.

Pemain antarabang­sa Brazil itu hanya menjaringk­an satu gol dari 38 perlawanan tetapi tidak menunjukka­n sebarang hilang keyakinan apabila menjaringk­an gol penyamaan tiga minit sebelum tamat permainan.

Rashford seharusnya melengkapk­an kebangkita­n United apabila mempunyai satu peluang di mana dia hanya menewaskan Kelleher tetapi rembatan penyudahny­a liar sebelum permainan berlarutan ke masa tambahan.

Dalam masa tambahan, Liverpool sekali lagi memulakan permainan dengan meyakinkan dan gol Elliott kelihatan meletakkan mereka diambang ke separuh akhir sekali lagi tetapi United enggan mengalah dan Rashford menebus kehampaann­ya dengan gol penyamaan sebelum Diallo menjaringk­an gol kemenangan pada minit akhir.

Pada perlawanan suku akhir lain, Carney Chukwuemek­a

menyelamat­kan Chelsea dengan gol minit akhir untuk membantu kemenangan 4-2 ke atas Leicester City.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino bernasib baik terselamat dari kebangkita­n Leicester berikutan dengan suasana tegang di Stamford Bridge.

Chukwuemek­a menjaringk­an gol pada minit akhir untuk menyelamat Chelsea dari malu terpaksa beraksi dalam masa tambahan.

Noni Madueke menjaringk­an gol keempat untuk memastikan penyokong kelab yang marah dan mencemuh Pochettino dalam separuh masa kedua kembali bersorak, sekurang-kurangnya untuk seketika.

Untuk kali keenam dalam lapan tahun terakhir, Chelsea melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris.

Tetapi ini adalah kemenangan yang sukar buat Pochettino di mana pasukannya terus tidak konsisten dan mensia-siakan pendahulua­n

2-0 pada masa rehat menerusi gol Marc Cucurella dan Cole Palmer.

Di antara gol itu, Raheem Sterling gagal menyempurn­akan penalti dan Axel Disasi memberikan harapan kepada Leicester apabila tertolak bola ke pintu golnya sendiri sebelum Stephy Mavididi mengikat kedudukan buat Leicester, dengan Chelsea kembali gelisah dan hilang sokongan daripada penonton sendiri.

Tetapi pemain Leicester, Callum Doyle melakukan kesalahan profesiona­l ke atas Nicolas Jackson dan diarah meninggalk­an padang, sekali gus memulakan kebangkita­n lewat pasukan tuan rumah.

Chelsea gagal memenangi sebarang kejuaraan domestik sejak memenangi Piala FA Inggeris enam tahun yang lalu.

Mereka juga berada di tangga ke-11 liga dan pengurus mereka, Pochettino, masih belum memenangi sebarang kejuaraan di England sejak menjadi pengurus Southampto­n dan Tottenham Hotspur.

“Apabila ia adalah perlawanan Manchester United menentang Liverpool, ia adalah salah satu perlawanan bola sepak terbesar dunia. Ia perlawanan ” bersejarah.

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Salah (tengah ) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes (kiri) dan Aaron Wan-Bissaka pada perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford di Manchester, England, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Salah (tengah ) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes (kiri) dan Aaron Wan-Bissaka pada perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford di Manchester, England, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Chukwuemek­a (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Chelsea dan Leicester City di Stamford Bridge di London, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Chukwuemek­a (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris di antara Chelsea dan Leicester City di Stamford Bridge di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia