Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe pimpin PSG menang

Menjaringk­an hatrik belasah Montpellie­r 6-2, beri kelebihan 12 mata di singgahsan­a Ligue 1 Perancis

-

MONTPELLIE­R: Kylian Mbappe menjaringk­an hatrik ketika Paris SaintGerma­in (PSG) membelasah Montpellie­r 6-2 di tempat lawan, sekali gus membolehka­n mereka memiliki kelebihan 12 mata di singgahsan­a Ligue 1 Perancis pada Ahad.

Vitinha meletakkan PSG di hadapan pada perlawanan di Stade de la Mosson dan Mbappe menambah jaringan pada pertengaha­n separuh masa pertama, tetapi tandukan Arnaud Nordin dan penalti Teji Savanier membolehka­n pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada masa rehat.

Bagaimanap­un, Mbappe meletakkan PSG kembali di hadapan tidak lama selepas rehat dan Lee Kang-in menjadikan kedudukan 4-2 sebelum Mbappe melengkapk­an hatriknya.

Nuno Mendes melengkapk­an jaringan pada lewat permainan ketika skuad kendalian Luis Enrique menamatkan tiga keputusan seri

berturut-turut dalam Ligue 1 dan melanjutka­n tempoh tanpa kalah di Perancis sejak bulan September.

Keputusan seri 1-1 untuk pencabar terdekat mereka,

Brest ketika menentang Lille pada awal hari yang sama bermakna PSG kini memiliki kelebihan 12 mata di tangga teratas liga dengan berbaki lapan perlawanan sahaja lagi

dan kejuaraan liga yang ke10 dalam 12 musim kelihatan hanya menunggu masa.

Mbappe melengkapk­an 90 minit permainan liga buat kali pertama sejak memberitah­u kelab pada pertengaha­n bulan Februari di mana dia tetap akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini apabila kontrak semasanya tamat.

Hatriknya, yang ketiga musim ini, membolehka­nnya menjaringk­an koleksi 24 gol dalam Ligue 1 musim ini dan 38 gol keseluruha­n dalam semua pertanding­an.

Vitinha membuka jaringan pada minit ke-14 selepas menerima umpanan Mbappe pada jarak 25 meter dari pintu gol lawan sebelum melakukan satu rembatan cantik yang menerjah jaring.

Mbappe menjadikan kedudukan 2-0 dari satu serangan pantas, mengumpan bola kepada Randal Kolo Muani sebelum memecut untuk mendapatka­n semula bola sebelum merembat ke pintu gol.

Montpellie­r berjaya bangkit apabila hantaran lintang cantik Danilo Pereira berjaya ditanduk masuk oleh Nordin - rakan Mbappe ketika samasama dalam skuad remaja antarabang­sa Perancis.

Pasukan tuan rumah mengikat kedudukan pada minit akhir separuh masa pertama apabila Tanguy Coulibaly merampas hantaran pendek Pereira sebelum dijatuhkan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma, menyebabka­n pengadil tidak teragak-agak memberikan tendangan penalti, yang disempurna­kan oleh Teji Savanier.

Ketika Montpellie­r membayangk­an untuk mencipta kejutan, PSG kembali di hadapan lima minit selepas rehat menerusi gol cantik Mbappe.

Lee Kang-in, pemain antarabang­sa Korea Selatan, menjadikan kedudukan 42 pada minit ke-53 selepas berganding­an cantik dengan Kolo Muani.

Mbappe melengkapk­an hatrik dengan satu rembatan kaki kanan sebelum Mendes menjadikan kedudukan 6-2 seminit sebelum tamat permainan selepas menerima umpanan cantik dari Vitinha. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTENAGA: Mbappe (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Montpellie­r Becir Omeragic pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Montpellie­r dan Paris-Saint-Germain di Stade de la Mosson di Montpellie­r, kelmarin.
— Gambar AFP BERTENAGA: Mbappe (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Montpellie­r Becir Omeragic pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Montpellie­r dan Paris-Saint-Germain di Stade de la Mosson di Montpellie­r, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia