Utusan Borneo (Sarawak)

Seludup dadah guna tong gas tumpas

Enam suspek ditahan dalam serbuan di Miri, syabu 21.7kg bernilai RM716,000 dirampas.

- Oleh Jeremy Lanson

Polis Sarawak berjaya melumpuhka­n sindiket penyeludup­an dadah menggunaka­n tong gas ke negara jiran dengan tertangkap­nya enam suspek dan rampasan 21.7 kilogram syabu bernilai RM716,000 di Miri pada Ahad lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata, kegiatan itu terbongkar hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sejak dua bulan lepas.

“Satu serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah (di Miri) dan telah menahan dua suspek berada di dalam sebuah kereta di hadapan rumah berkenaan dan empat lagi suspek telah ditahan di dalam kawasan rumah,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, semalam.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata dan Timbalanny­a Datuk Ibrahim Darus, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman SAC Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua JSJN Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani dan Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

Khaw berkata, kesemua suspek adalah warga tempatan berusia lingkungan 28 hingga 50 tahun, termasuk dua wanita.

“Turut dirampas dalam operasi tersebut ialah wang tunai berjumlah RM52,000, barang-barang kemas dianggarka­n bernilai RM54,941 dan empat kenderaan yang digunakan suspek.

“Ini menjadikan keseluruha­n nilai rampasan dalam serbuan tersebut termasuk dadah sebanyak RM1.02 juta,” katanya.

Jelas beliau, modus operandi suspek adalah mendapatka­n bekalan dadah dari Semenanjun­g Malaysia dan dihantar ke satu lokasi sebelum diseludup ke negara jiran.

“Hasil siasatan, kita mendapati mereka mengubah suai tong gas dan kemudian memasukkan dadah ke dalamnya.

“Tong gas yang berisi dadah ini tadi akan dibawa ke satu lokasi sebelum dihantar ke negara jiran untuk dijual,” katanya.

Dedah beliau, dipercayai permintaan dadah di negara jiran adalah tinggi dan harga pasaran juga lebih tinggi sehingga tiga kali ganda berbanding di sini.

“Disebabkan itu, kita melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa meningkatk­an kawalan di sempadan negara untuk mengelakka­n berlaku kes-kes seperti ini,” katanya.

Menurutnya, hasil saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah.

“Semakan rekod jenayah juga

didapati seorang suspek yang mempunyai rekod lampau,” katanya.

Siasatan lanjut kes katanya, dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“JSJN akan terus mengesan sakibaki ahli sindiket ini untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” tegasnya.

Dalam kes berasingan, Khaw memberitah­u JSJN Sarawak berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai RM412,198 di Bintulu.

Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta mewah dan jam tangan berjenama yang keduaduany­a dianggarka­n bernilai RM187,000.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBONGKAR: Khaw (tengah) menunjukka­n tong gas yang diubah suai bagi menyembuny­ikan dadah untuk diseludup ke negara jiran pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Mustafa Kamal, Mohd Salahuddin, Mancha dan Ibrahim.
— Gambar Bernama TERBONGKAR: Khaw (tengah) menunjukka­n tong gas yang diubah suai bagi menyembuny­ikan dadah untuk diseludup ke negara jiran pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Mustafa Kamal, Mohd Salahuddin, Mancha dan Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia