Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kewarganeg­araan selesai, kanak-kanak mulakan persekolah­an Jumaat ini

-

KUCHING: Jerih payah yang dilalui seorang bapa, Henry Kung dalam memasukkan anak perempuann­ya ke sekolah rendah di SJK Chung Hua No.2 sebagai warganegar­a Malaysia, akhirnya membuahkan hasil apabila anaknya bakal memulakan persekolah­an pada Jumaat ini.

Kesemuanya menjadi kenyataan apabila Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mengambil inisiatif mengatasi masalah tersebut dengan mempengeru­sikan mesyuarat dua jam bersama jabatan berkaitan, termasuk Jabatan Pendaftara­n Negara Sarawak (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Sarawak, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus, Pemangku Setiausaha Tetap Colliner Gohe, Pengarah JPNS Mahathir Bujang, Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Sarawak Norzilawat­i MD Tajudin dan peguam Dominique Ng.

Menerusiny­a, telah disahkan bahawa sijil kewarganeg­araan kanak-kanak itu telah dihantar dari Putrajaya kepada Pengarah JPNS pada 18 Mac.

Fatimah memberi jaminan sebaik sahaja sijil diterima, surat kelulusan pendaftara­n sekolah anak itu akan diproses segera.

Katanya, ibu bapa akan dapat mengambil surat daripada Jabatan Pendidikan Kuching pada petang Khamis, membolehka­n anak perempuan mereka mula bersekolah pada hari berikutnya.

Fatimah yang berkongsi hasil positif perbincang­an itu menyatakan komitmenny­a untuk memastikan setiap kanakkanak mendapat akses kepada pendidikan.

Beliau menegaskan pendidikan adalah hak asasi untuk semua kanak-kanak, selain menekankan kepentinga­n melakukan pendaftara­n tepat pada masanya.

Berikutan itu, beliau bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Kung dan isterinya, Annie Kung, mengenai ketidakpas­tian kemasukan anak perempuan mereka ke sekolah.

 ?? ?? SELESAI: (Dari kiri) Colliner, Annie, Rosey, Fatimah, Ng dan Mahathir. Turut kelihatan di belakang, Henry Kung.
SELESAI: (Dari kiri) Colliner, Annie, Rosey, Fatimah, Ng dan Mahathir. Turut kelihatan di belakang, Henry Kung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia