Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n bakat anak Sarawak sentiasa disokong: Snowdan

- Dari Muka 1

“Kami amat berbesar hati menghantar Dion dan ibu bapanya ke AS untuk mempamerka­n budaya kita dan berharap dia boleh menang.

“Ini adalah salah satu acara di mana kementeria­n sangat menyokong mempromosi­kan budaya kita,” ujar Snowdan pada sidang media di pejabatnya yang turut dihadiri Dion dan ibu bapanya, semalam.

Dion terpilih ke WCOPA 2024 setelah memenangi pertanding­an peringkat akhir bagi Kejohanan Seni Persembaha­n Malaysia 2024 di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.

Sementara itu, Louis menzahirka­n rasa terima kasih kepada kementeria­n kerana membiayai perjalanan Dion ke AS dan beliau berharap penyertaan anaknya dalam kejohanan itu akan dapat mempromosi­kan budaya Sarawak di persada dunia.

Beliau menjelaska­n, persembaha­n ngajat Iban anaknya dipengaruh­i oleh unsur-unsur burung ‘ruai’ atau burung

Great Malayan Argus dan burung kenyalang. Menurutnya, Kementeria­n Pelanconga­n, Senian dan Budaya persekutua­n juga sedang memantau persiapan Dion bagi memastikan persembaha­nnya di AS kelak berbeza daripada aksinya di peringkat kebangsaan.

Edina pula berkata, kumpulan terkenal tempatan At Adau sedang membantu menggubah muzik untuk persembaha­n Dion yang akan datang dan pada masa sama, mereka masih mencari koreografe­r bagi mengendali­kan gerak tari.

“Kami mendapat muzik yang disunting oleh At Adau, kumpulan tempatan kita yang terkenal.

Mereka membantu mengolah muzik kerana Dion akan membuat persembaha­n selama satu minit dan At Adau membantu kami menyunting muzik itu.

“Selebihnya persiapan sedang berjalan dan kami sedang mencari koreografe­r berpotensi untuk membantu Dion membuat persiapan tariannya,” kata Edina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia