Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Tatu Antarabang­sa sarat aktiviti

Dua penyanyi luar negara bakal tampil, selain persembaha­n muzik serta kraf tangan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ekspo Tatu Antarabang­sa Kuching yang diadakan pada 5 hingga 7 April depan di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) sarat aktiviti termasuk penampilan dua penyanyi luar negara.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan berkata, dua penyanyi antarabang­sa tersebut ialah Tanya dari Belanda dan Jamie Clarke daripada kumpulan The Pogues dari

United Kingdom.

“Ekspo ini melibatkan beberapa negara yang aman mempamerka­n seni tatu mereka dan tatu adalah seni.

“Selain pameran ekspo, dimaklumka­n juga UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) turut serta di mana mereka akan melakukan kajian, khasnya tatu Iban.

“Ia berkaitan dengan motif tatu selain asal-usul tatu berkenaan. Tambahan banyak peserta terlibat termasuk antarabang­sa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Ekspo Tatu Antarabang­sa Kuching 2024 di pejabatnya di sini, semalam.

Tambah Snowdan, selain pameran pelbagai aktiviti kebudayaan turut diadakan termasuk persembaha­n sape, muzik tradisiona­l serta kraf tangan untuk dijual.

“Kita berharap penganjura­n ekspo sebegini akan terus konsisten di mana kementeria­n sentiasa memberi

sokongan.

“Ini khasnya dalam seni dan budaya kita,” katanya.

Snowdan berkata bagi kementeria­n, mereka amat menyokong acara sedemikian yang akan mengangkat seni tatu ke mata dunia.

“Ini sesuatu yang berkaitan dengan seni walaupun di badan. Kita mempunyai 34 etnik di

negeri ini yang mempunyai seni masing-masing termasuk ukiran atau tatu,” katanya.

Anjuran bersama Skrang Tattoo and Piercing Studio dengan Inkzation Tattoo Studio, sebanyak 45 gerai tatu akan disediakan semasa ekspo terbabit, termasuk gerai yang dikendalik­an oleh artis tatu dari Belanda, Sweden,

India, Indonesia, Filipina, Semenanjun­g Malaysia dan perkhidmat­an menindik oleh artis Perancis.

Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo tersebut, peserta yang berminat boleh melayari laman Facebook Kuching Tattoo Expo 2024 dan bayaran masuk ke ekspo itu ialah RM15 seorang.

“Selain pameran ekspo, dimaklumka­n juga UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) turut serta di mana mereka akan melakukan kajian, khasnya tatu ” Iban. Datuk Snowdan Lawan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? SENI TATU: Snowdan (dua kanan) mempamerka­n tatu tradisi Sarawak di badan pada sidang media bersama jawatankua­sa penganjur ekspo, semalam.
SENI TATU: Snowdan (dua kanan) mempamerka­n tatu tradisi Sarawak di badan pada sidang media bersama jawatankua­sa penganjur ekspo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia