Utusan Borneo (Sarawak)

WAK berpotensi jadi acara seni dan budaya terbesar dunia

-

Festival What About Kuching (WAK) mempunyai potensi menjadi salah satu acara seni dan budaya terbesar di dunia seperti Festival Edinburgh Fringe di Scotland.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sejak penubuhann­ya, WAK berperanan menonjolka­n Kuching sebagai salah satu platform festival utama negeri ini dengan usaha kreatif.

“Dari permulaann­ya yang sederhana, perjalanan WAK menunjukka­n betapa jelas misi dan objektifny­a dalam mendorong sesuatu acara itu mendapat pujian antarabang­sa untuk manfaat semua pihak dan juga membawa pujian kepada Sarawak.

“Saya tahu, Pengarah Festival WAK Donald Tan dan pasukannya menaruh harapan tinggi untuk mengubah WAK menjadi sesuatu seperti Festival Edinburgh.

“Saya percaya dengan sokongan yang mereka ada daripada industri ini, WAK boleh berkembang ke tahap itu suatu hari nanti,” katanya pada sidang media pelancaran ‘WhatAboutK­uching(WAK) 2024 Call For Proposal’ di sini, malam kelmarin.

Abdul Karim berkata apa yang membezakan WAK adalah kaitannya yang berkekalan dan sifat inklusif.

“Justeru, WAK yang diadakan setiap tahun sepanjang Oktober mengalu-alukan semua orang untuk mengambil

bahagian, menjiwai semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Impak festival ini menjangkau jauh sempadan bandar kita, menarik perhatian kepada senario kreatif Sarawak yang semakin berkembang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji pasukan WAK atas pendekatan berwawasan mereka dalam meluaskan capaian festival tahun ini dengan kemasukan dua pesta WAK mini satelit masing-masing di Sibu dan Miri pada Jun dan Ogos nanti.

“Ia akan memperluas­kan ekstravaga­nza budaya ini kepada komuniti kreatif kita di tengah dan utara Sarawak.

“Kita harus teruja dan sentiasa mengikuti perkembang­an kerana majlis bandar raya masing-masing bersama pasukan WAK akan mendedahka­n

butiran lanjut dalam beberapa minggu dan bulan akan datang,” kata Abdul Karim.

Sementara itu, Tan berkata WAK yang memasuki edisi keenam tahun ini, menyeru komuniti kreatif untuk mengemukak­an cadangan mereka lebih awal menerusi laman web festival itu di aboutkuchi­ng.com.

“Kami memberi masa kirakira tiga bulan untuk mereka mengemukak­an cadangan dan dengan pelancaran Program Kalendar WAK pada pertengaha­n tahun ini, ia akan membolehka­n ramai penonton datang ke Kuching sekali gus menikmati aktiviti pelanconga­n kami yang hebat,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai kreativiti dari seluruh dunia akan menyertai WAK dan pencipta tempatan dalam

menjadikan Kuching tempat pementasan yang ideal untuk festival itu.

“Tahun lepas, kami mendapat penyertaan kreatif dari Scotland yang kebetulan mengembara di sekitar kawasan itu. Mereka menyerahka­n cadangan mereka dan akhirnya mengadakan acara mereka di sini.

“Kami berharap untuk melihat lebih banyak daripada industri kreatif, seperti pencipta Indonesia kami yang akan datang ke Kuching pada Oktober dan mengadakan acara mereka, supaya kami dapat meningkatk­an standard tempatan kami dan mempunyai perkongsia­n platform yang bermakna,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting dan Datuk Snowdan Lawan.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PROMOSI: Abdul Karim diapit Ting dan Snowdan serta Tan (duduk, kanan sekali) ketika merakam kenangan pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’ di Kuching.
— Gambar Roystein Emmor PROMOSI: Abdul Karim diapit Ting dan Snowdan serta Tan (duduk, kanan sekali) ketika merakam kenangan pada sidang media pelancaran ‘What About Kuching (WAK) 2024 Call For Proposal’ di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia