Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas diminta perbanyak biasiswa untuk pelajar Sarawak

Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Limbang dan Lawas memerlukan biasiswa pendidikan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang merupakan syarikat minyak dan gas multinasio­nal di negara ini diminta agar memperbany­ak biasiswa pendidikan untuk pelajarpel­ajar Sarawak terutama anak-anak tempatan di bahagian Limbang.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Limbang dan Lawas memerlukan biasiswa pendidikan.

Katanya, biasiswa penting dalam membantu anak-anak Sarawak melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi, melahirkan modal insan semua peringkat sekali gus melahirkan bakat mapan dan berterusan bagi Petronas, industri dan negara.

“Saya minta kalau boleh Petronas memberi peluang kepada anak-anak tempatan di Limbang dan Lawas untuk pemberian biasiswa selain sumbangan kepada golongan asnaf.

“Saya tahu Petronas banyak memberi biasiswa dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Petronas di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, ramai anak Limbang dan Lawas mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional daripada GIATNARA dan institusi pendidikan teknikal di sini dan Sarawak.

Katanya, mereka juga perlu diberi peluang untuk bekerja dalam sektor minyak dan gas di syarikat Petronas itu sendiri.

“Saya juga optimis Petronas adalah syarikat terbaik untuk anak-anak tempatan menimba pengalaman bekerja serta meneruskan pendidikan dan matlamat kerjaya.

“Sumbangan Petronas kepada 30 orang golongan asnaf pada program ini mampu meringanka­n beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” jelasnya.

Hasbi berkata, program itu menunjukka­n komitmen berterusan Petronas membantu menyediaka­n keperluan asas kepada golongan kurang berkemampu­an.

Saya minta kalau boleh Petronas memberi peluang kepada anak-anak tempatan di Limbang dan Lawas untuk pemberian biasiswa selain sumbangan kepada golongan asnaf.

Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Hasbi (enam kiri) menyaksika­n penyerahan bantuan Petronas kepada golongan asnaf di Limbang kelmarin.
RINGANKAN BEBAN: Hasbi (enam kiri) menyaksika­n penyerahan bantuan Petronas kepada golongan asnaf di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia