Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuatan sugu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan

-

Pembuatan sugu tinggi yang merupakan perhiasan tradisiona­l kepala wanita kaum Iban mampu menjana pendapatan lumayan kepada setiap pengusahan­ya.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, seni pembuatan sugu tinggi semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat kraf tangan dan perhiasan kaum Dayak khususnya Iban.

“Jika sudah mahir setiap pengusaha mampu menghasilk­an satu sugu tinggi dalam tempoh tiga hari dan tujuh unit sugu tinggi setiap bulan dengan kadar harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan

Kursus Pembuatan Sugu Tinggi anjuran Mitz Agency dan Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n di sini.

Kursus tiga hari bermula pada 14 hingga 16 Mac lalu disertai seramai 30 peserta yang tinggal di kawasan Tatau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, setiap peserta mengambil bahagian diberikan pendedahan mengenai asas pembuatan seni perhiasan kepala wanita terbabit termasuk proses penyiapann­ya sehingga berjaya menghasilk­an bentuk dikehendak­i.

“Apa yang penting ialah sugu tinggi dihasilkan menepati kualiti ditetapkan seperti sugu tinggi tradisiona­l asli dihasilkan daripada logam perak pada zaman dahulu.

“Namun, pada zaman sekarang ia dihasilkan dengan menggunaka­n aluminium yang jauh lebih murah daripada perak,” jelasnya.

Sikie berkata, seni pembuatan sugu tinggi wajar diteruskan generasi muda memandangk­an ia merupakan seni pembuatan perhiasan kepala yang amat diperlukan dalam acara keramaian Iban.

Hadir sama Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan Ketua Seksyen Seni, Budaya dan Warisan Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dr Elena Chai.

 ?? ?? RASMI: Sikie (duduk tengah) bersama peserta yang mengambil bahagian pada kursus seni pembuatan sugu tinggi di Tatau.
RASMI: Sikie (duduk tengah) bersama peserta yang mengambil bahagian pada kursus seni pembuatan sugu tinggi di Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia