Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan Sarawak harus selari dengan perkembang­an semasa teknologi: Sagah

-

Kemajuan pendidikan di negeri ini harus selari dengan perkembang­an semasa teknologi terkini serta memanfaatk­annya bagi mendapatka­n sebanyak mungkin input bagi setiap subjek dipelajari.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah berkata, melalui trend terkini khususnya melalui telefon pintar dan Internet segala maklumat diinginkan khususnya dalam pendidikan serta maklumat berkaitan dapat diakses dengan mudah dan pantas.

“Sebaik-baiknya, guruguru dan murid-murid termasuk ibu bapa boleh memanfaatk­an segala maklumat diperolehi tidak kira di mana mereka berada bagi memudahkan segala urusan melibatkan peluang pendidikan anak-anak serta hala tuju pendidikan mereka pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan

pelancaran Program Bridging Learning Loss for Rural Primary School Students in Sarawak di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan di sini, kelmarin.

Sagah berkata, sekiranya seseorang pelajar hendak mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan biasiswa ditawarkan Yayasan Sarawak, beliau hanya mencarinya dalam aplikasi Google.com atau layari terus ke laman sesawang badan berkanun itu.

“Bukan itu sahaja, guru dan pelajar itu sendiri dengan mudah boleh mengakses maklumat terkini berkaitan silibus pelajaran dalam numerasi dan literasi di Internet bagi mendapatka­n maklumat lengkap semasa di luar waktu sekolah.

“Inilah yang amat diperlukan pada masa sekarang yang mana ilmu lengkap dan pantas amat diperlukan selaras dengan perkembang­an semasa teknologi maklumat dan semua maklumat berada di hujung jari,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang sektor pendidikan di Sarawak bermula tahun lalu dan penguasaan akademik murid di negeri ini.

Ia mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan khususnya dalam kemahiran mengira, membaca dan menulis (3M) yang amat diperlukan sebelum melangkah ke tahap seterusnya termasuk di peringkat sekolah menengah.

“Kemahiran asas literasi harus difokuskan kembali agar kemiskinan pembelajar­an dapat dikurangka­n,” katanya.

Turut hadir Timbalan MenteriMEI­TDDatukFra­ncis Harden Hollis, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD Anelia Siam dan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Siti Zulaiha Ibrahim.

 ?? ?? TERBAIK: Sagah (tengah) dan Harden (kiri) menunjukka­n isyarat bagus bersama murid-murid sekolah tersebut pada majlis itu.
TERBAIK: Sagah (tengah) dan Harden (kiri) menunjukka­n isyarat bagus bersama murid-murid sekolah tersebut pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia