Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa pertubuhan Cina dan SJK Cina menerima geran MRP

-

Beberapa pertubuhan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di kawasan Lachau dan Pantu menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) dan sumbangan kerusi serta meja plastik daripada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis.

Majlis penyerahan geran dan sumbangan itu dianjurkan bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pantu dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang sempena Program Mobile Service 2U di pekan Pantu.

Antara penerima terdiri daripada Pantu Benevolent Society yang menerima sumbangan sebanyak 30 unit kerusi plastik dan lima unit meja lipat serta tambahan 15 kerusi plastik sumbangan daripada Jee Sin Coffin.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Pantu turut menerima sumbangan 30 unit kerusi plastik dan lima unit meja lipat manakala MRP kepada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) masing-masing menerima geran berjumlah RM3,000.

Sementara itu, SJKC Chung Hua Bangkong menerima sumbangan 30 unit kerusi plastik dan lima unit meja lipat serta MRP kepada LPS dan PIBG masing-masing berjumlah RM3,000.

Empat Jawatankua­sa Kemajuan dan keselamata­n Kampung (JKKK) iaitu JKKK Pasar Lachau, JKKK Kampung Cina Rapak,

JKKK Kampung Cina Bangkong dan JKKK Pasar Pantu menerima geran kerajaan sejumlah RM3,000 dengan jumlah keseluruha­nnya berjumlah RM12,000.

Harden yang juga ADUN Simanggang selaku Penasihat SUPP Cawangan Pantu berterima kasih kepada SUPP Cawangan Pantu mengadakan majlis penyerahan kerusi, meja plastik kepada pertubuhan di Lachau, Pantu dan Bangkong.

“Saya berharap bantuan ini dapat digunakan sebaik mungkin untuk pembanguna­n dan pelaksanaa­n aktiviti peringkat jawatankua­sa masing-masing,” katanya pada majlis ringkas itu.

Hadir sama Pengerusi SUPP Cawangan Pantu Liew Shan Boo, Penghulu Lee Tong Sen dan wakil penerima daripada persatuan dan pertubuhan serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang.

 ?? ?? GERAN: Harden (lima kiri) bersama penerima geran MRP pada majlis ringkas di pekan Pantu, Sri Aman.
GERAN: Harden (lima kiri) bersama penerima geran MRP pada majlis ringkas di pekan Pantu, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia