Utusan Borneo (Sarawak)

Chiew sokong pindaan RUU bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti diluluskan

-

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menyokong pindaan Rang UndangUnda­ng (RUU) bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) diluluskan dan penuntut memperoleh­i kuasa ke arah kebebasan akademik dan autonomi universiti.

“Saya amat mengalu-alukan RUU Pindaan ini mengembali­kan kuasa pengurusan kewangan sendiri kepada badan mahasiswa, sebagai usaha memperkuku­h peranan mahasiswa sebagai pencetus perubahan dan seterusnya membawa kemajuan kepada demokrasi di negara ini,” katanya.

Chiew memberitah­u pendiriann­ya dalam ucapan beliau semasa menyertai perbahasan Rang UndangUnda­ng (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan 2023) dibaca kali kedua pada Persidanga­n Parlimen kelmarin.

Dalam ucapannya, Chiew mahu RUU itu memperkasa perwakilan mahasiswa dengan menubuhkan kesatuan mahasiswa menggantik­an Majlis Perwakilan Pelajar serta memberi lebih banyak kuasa autonomi kepada mereka dalam menguruska­n hal ehwal mahasiswa sendiri.

“Kedua, mengadakan sesi libat urus secara berkala dengan persatuan-persatuan mahasiswa mendapatka­n

pandangan dan cadangan mereka serta meneruskan proses pindaan AUKU agar dapat lebih mendekati sasaran kebebasan akademik dan autonomi universiti.

“Sekiranya pemansuhan AUKU dan penggantia­n akta baharu tidak dapat dilakukan atas sebab seperti berpotensi menjejaska­n pentadbira­n universiti, kami menggesa kementeria­n terus melalui pindaan seksyen-seksyen dan penjenamaa­n semula akta ini yang sering dilihat sebagai undang-undang drakonian sebagai langkah praktikal mencapai matlamat sama,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, cabaran dihadapi gerakan mahasiswa bukan sekadar sekatan daripada pemerintah membisukan mereka, sebaliknya melibatkan bagaimana memanfaatk­an ruang dan kebebasan diperolehi selepas sekian lama diperjuang­kan oleh generasi terdahulu.

“AUKU dilaksanak­an lebih daripada setengah abad lalu menyebabka­n mahasiswa kurang peka terhadap isu semasa dan kurang aktif dalam aktivisme politik berbanding negara lain,” katanya.

Justeru, lebih banyak usaha diperlukan bagi memupuk budaya dan amalan kesedaran politik, sivik dan isu-isu negara dalam kalangan mahasiswa.

Menurutnya, dalam era zaman ini terdapat ancaman baharu seperti disinforma­si melalui media sosial, budaya hedonisme, kejahilan dan kurangnya kepekaan terhadap isu-isu sekeliling yang perlu dihadapi oleh gerakan mahasiswa.

“Oleh itu, saya menggesa semua kumpulan mahasiswa selain meneruskan usaha memperjuan­g hak mahasiswa melalui pindaan AUKU tetapi juga bersama mencari jalan penyelesai­an bagi menghadapi ancaman baharu ini.

“Mari kita tinggalkan persepsi mahasiswa sebagai 3K (kuliah, katil, kafe),” jelasnya.

 ?? ?? CHIEW
CHIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia