Utusan Borneo (Sarawak)

Penghapusa­n skim pencen mendapat pelbagai reaksi

Ada yang terima baik, ada yang beranggapa­n akan mengakibat­kan generasi muda hilang minat terhadap sektor awam

- Oleh Marlinda Mardzuki Pelajar IPT

KUCHING: Pengumuman untuk tiada lagi memperkena­lkan skim pencen buat penjawat awam baharu Sarawak mulai tahun ini, sebaliknya mencarum menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat pelbagai reaksi masyarakat setempat.

Ada dalam kalangan mereka menerima baik keputusan Kerajaan Sarawak itu manakala sebahagian lagi beranggapa­n ia akan mengakibat­kan generasi muda hilang minat terhadap sektor perkhidmat­an awam kerana tiadanya pencen yang memberi jaminan selepas persaraan mereka.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Nazatulsyi­ma, 22, percaya ramai anakanak muda tertarik untuk bekerja dalam sektor awam kerana terpikat dengan skim persaraan yang ditawarkan.

“Namun apabila kerajaan mengumumka­n tiada pencen untuk semua rekrut baharu perkhidmat­an awam negeri tahun ini, saya percaya orang muda seperti saya ini akan memilih kerjaya di sektor swasta yang menawarkan gaji tinggi dan kemudahan yang sama dengan penjawat awam.

“Harap kerajaan pertimbang­kan semula keputusan ini biarpun ia dilaksanak­an dengan niat yang baik,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Bagi Sebastian Meliba, 23, pelajar jurusan perladanga­n dan agroteknol­ogi, dia sejak dahulu memang berminat untuk berkerja di sektor swasta.

“Ini kerana bagi saya, sektor swasta menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding penjawat awam.

“Tambahan pula, dengan tiadanya pencen untuk semua lantikan baharu penjawat awam Sarawak bermula tahun ini, faedah atau kemudahan yang disediakan sektor swasta lebih kurang sama seperti sektor perkhidmat­an awam,” ujarnya.

Namun apabila kerajaan mengumumka­n tiada pencen untuk semua rekrut baharu perkhidmat­an awam negeri tahun ini, saya percaya orang muda seperti saya ini akan memilih kerjaya di sektor swasta yang menawarkan gaji tinggi dan kemudahan yang sama dengan penjawat awam.

Berlainan pula bagi Nur Farahiin Mansor, 24, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata, dia berpendapa­t langkah kerajaan itu merupakan usaha yang baik.

“Walaupun semua lantikan baharu penjawat awam Sarawak tidak akan menerima pencen bulanan daripada kerajaan selepas bersara, namun mereka tetap menikmati semua kelebihan yang dinikmati oleh penjawat awam skim pencen termasuk perubatan, pinjaman perumahan dan sebagainya.

“Jadi, saya fikir ini tidak akan menjejaska­n minat orang ramai khususnya belia untuk bekerja dengan sektor awam cuma ia bukan lagi menjadi pilihan utama untuk mereka kelak,” katanya.

Apatah lagi kata Nur Farahiin, bekerja dalam sektor swasta bukan sahaja menawarkan gaji yang lebih tinggi tapi turut menyediaka­n banyak ruang untuk meningkatk­an potensi

diri selain memperoleh pengalaman yang lebih luas.

Manakala Mindy Velarie Casily, 24, pelajar jurusan komunikasi strategik di sini berkata, bekerja dalam sektor awam masih menjadi pilihannya.

“Ini kerana walaupun sudah tidak lagi ada skim pencen namun bekerja di bawah sektor kerajaan amat menjamin masa depan.

“Paling penting, kita mudah untuk membuat pinjaman seperti membeli rumah, kereta dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, menurut laporan media pada 14 Mac lalu, Setiausaha Kerajaan

Sarawak Datuk Amar MohamadAbu­BakarMarzu­ki berkata, semua rekrut baharu untuk perkhidmat­an awam negeri akan dilakukan di bawah skim Sumbangan Manfaat Bersama (JBC) mulai tahun ini.

Beliau menyifatka­n langkah strategik itu sebagai cara baharu melakukan sesuatu yang bertujuan memodenkan perkhidmat­an awam Sarawak.

JBC katanya, memberikan lebih fleksibili­ti kepada kakitangan awam yang ingin mengejar kerjaya di tempat lain dan juga menggalakk­an lebih ramai individu muda dan profesiona­l untuk berkhidmat

di Kerajaan Sarawak.

“Jika kita melihat skim pencen di bawah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), kakitangan awam tidak akan menerima apa-apa jika mereka ingin meninggalk­an perkhidmat­an awam sebelum mencapai usia persaraan.

“Kadang-kadang ini (skim) menempatka­n mereka dalam situasi yang sukar, terutama apabila mereka mendapat tawaran yang lebih baik daripada sektor korporat.

“Mereka perlu mengorbank­an skim pencen mereka jika ingin berpindah ke sektor korporat untuk kemajuan kerjaya yang lebih baik,” katanya.

Nazatulsyi­ma

 ?? ?? NUR FARAHIIN
NUR FARAHIIN
 ?? ?? SEBASTIAN
SEBASTIAN
 ?? ?? MINDY
MINDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia