Utusan Borneo (Sarawak)

Dayang Noorazah ajak umat Islam menerapkan amalan bersedekah

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mengajak umat Islam di sini agar sentiasa menerapkan amalan bersedekah terutama pada bulan Ramadan.

Menurutnya, amalan bersedekah amat digalakkan dalam kalangan umat Islam terutaman pada bulan mulia ini.

“Bulan suci ini adalah satu peluang kepada kita meneruskan amalan bersedekah sama ada bersedekah sesama sendiri atau golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Berambeh Sungkey anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Masjid Baru di sini petang kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha ahli-ahli jawatankua­sa menganjurk­an Program Berambeh Sungkey menerapkan konsep ‘potluck’ melibatkan seluruh warga kampung.

“Menerusi konsep ‘potluck’ ini, penduduk sekitar menyumbang juadah berbuka mereka sendiri dan dihidangka­n kepada tetamu.

“Ini merupakan satu konsep sangat menarik dan kita nampak amalan bersedekah sesama sendiri dapat diterapkan dalam kalangan warga kampung,” jelasnya.

Beliau berkata, semoga amalan seperti itu terus diamalkan bagi menguatkan konsep perpaduan dan kesatuan komuniti kampung.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Pegawai Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Azmi Morshidi, Temenggung Mohamad Syah Achang, Penghulu Norin Abang Noruddin, Penghulu Zamari Morshidi, Penghulu Wan Amit Wan Kamil serta penduduk sekitar Kampung Masjid Sri Aman.

Pada majlis tersebut, Dayang Noorazah turut menyampaik­an sumbangan kepada warga kampung tersebut.

 ?? ?? SUMBANGAN: Dayang Noorazah (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Abang Norin (tiga kiri) sambil diperhatik­an Ahmad Noor Kamal (dua kanan), Mohamad Syah (tiga kanan) dan Wan Amit (kanan) pada majlis tersebut.
SUMBANGAN: Dayang Noorazah (empat kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Abang Norin (tiga kiri) sambil diperhatik­an Ahmad Noor Kamal (dua kanan), Mohamad Syah (tiga kanan) dan Wan Amit (kanan) pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia