Utusan Borneo (Sarawak)

Kebersihan bazar Ramadan di Sarikei memuaskan

Ia hasil pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei sejak bazar dibuka beberapa hari lalu

- Oleh Kepu Sidi

Namun kita sentiasa mengingatk­an peniaga mematuhi piawaian dan menjadikan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) sebagai garis panduan utama berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Dr Johny Kelak Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei

SARIKEI: Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei Dr Johny Kelak memaklumka­n sehingga kini tahap pematuhan kebersihan di bazar Ramadan di sini berada pada tahap memuaskan.

Katanya, ia adalah hasil pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei di bazar Ramadan di sini sejak bazar dibuka beberapa hari lalu.

“Namun kita sentiasa mengingatk­an peniaga mematuhi piawaian dan menjadikan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) sebagai garis panduan utama berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

“Operasi dan pemantauan berterusan kita lakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan makanan dan minuman dijual di tapak bazar itu sentiasa bersih dan terjamin,” katanya.

Menurutnya, langkah dilakukan pegawai kesihatan bagi memastikan makanan di bazar itu tidak berisiko menyebabka­n keracunan makanan.

Terdahulu, beberapa kakitangan dan pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei serta beberapa agensi seperti Kementeria­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Daerah Sarikei (MDS) melakukan pemeriksaa­n dan pemantauan bersama di bazar Ramadan sekitar Sarikei.

Dr Johny berkata, operasi itu bagi memastikan peniaga bazar Ramadan mengamalka­n kebersihan dan keselamata­n makanan dengan berpanduka­n kepada keperluan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) di samping menyediaka­n makanan berkualiti kepada pelanggan.

“Selain itu, kami turut mengedarka­n risalah mengingatk­an peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan produk makanan dan minuman dijual berada dalam keadaan baik,” katanya.

Mereka yang mempunyai

aduan boleh membuat laporan melalui platform Sistem Pengurusan Aduan Awam

(SISPAA) https://pcb.spab. gov.my/ atau https://talikhidma­t.sarawak.gov.my/

dan menghubung­i Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei di talian 084-651086.

 ?? ?? SAMPEL: Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengambil beberapa produk makanan dijual di bazar Ramadan untuk dianalisis.
SAMPEL: Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengambil beberapa produk makanan dijual di bazar Ramadan untuk dianalisis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia