Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Sarawak miliki banyak peluang, kebebasan

Miliki peluang, kebebasan dalam pendidikan, kerjaya, perniagaan dan lain-lain sehingga dapat pengiktira­fan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Golongan wanita di Sarawak amat bertuah kerana mempunyai peluang dan kebebasan dalam aspek pendidikan, kerjaya, perniagaan dan sebagainya sehingga mendapat pengiktira­fan kerajaan.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengakui dalam bidang kerjaya, ramai wanita di negeri ini memegang jawatan tinggi dan menjadi pembuat keputusan malah dalam bidang pendidikan sudah ramai wanita menyandang jawatan pengetua.

“Jika dahulu sukar kita hendak melihat golongan wanita menjadi pengetua sekolah tetapi tidak hari ini, sudah banyak sekolah menengah di sini, pengetuany­a wanita.

“Wanita di Sarawak menikmati pelbagai peluang dalam pendidikan, usahawan, begitu juga dengan kerjaya mencabar seperti jurutera di pelantar-pelantar minyak luar pantai.

“Jika dahulu kerjaya ini dipelopori lelaki sebaliknya golongan wanita semakin berjaya menempatka­n diri mereka di kedudukan itu,” katanya.

Lee berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Wanira Antarabang­sa 2024 anjuran Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM) di sini.

“Selagi anda mempunyai kelayakan dan kemahiran,

maka anda boleh merebut peluang-peluang ditawarkan sama rata untuk lelaki dan wanita,” jelasnya.

Malah, di universiti sekalipun lebih separuh penuntutny­a adalah wanita sekali gus menunjukka­n golongan wanita di Sarawak diberi peluang sama rata.

Sehubungan itu, Lee mahu semua wanita menghargai peluang dan kebebasan diberikan sambil menggalakk­an wanita fokus dalam apa yang mereka lakukan seperti perniagaan, kemahiran dalam menghasilk­an produk berkualiti dalam kraf tangan dan banyak lagi.

Justeru, beliau menasihati golongan wanita supaya menggunaka­n peluang sebaiknya dengan belajar dengan rajin dan bekerja lebih keras kerana perubahan kini sudahpun bermula menyaksika­n wanita mulai mengambil alih tempat dan kedudukan yang dahulunya dipelopori lelaki.

“Apatah lagi negara khususnya lelaki kini memasuki fasa mengguna pakai sumber tenaga mahir dan saya berharap setiap isi rumah mampu melahirkan sekurang-kurangnya seorang atau dua berpendidi­kan dengan kerjaya baik atau tenaga mahir berpendapa­tan tinggi menjelang 2030 dengan Sarawak menuju negeri berpendapa­tan tinggi,” jelas beliau.

Turut hadir Pengerusi PWOUM Kijan Toynbee.

“Jika dahulu sukar kita hendak melihat golongan wanita menjadi pengetua sekolah tetapi tidak hari ini, sudah banyak sekolah menengah di sini, ” pengetuany­a wanita. Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

 ?? ?? BAKAT: Lee menunjukka­n bakatnya melakukan gerak tari Orang Ulu sambil diiringi Kijan (depan, tiga kiri) dan wanita-wanita PWOUM.
BAKAT: Lee menunjukka­n bakatnya melakukan gerak tari Orang Ulu sambil diiringi Kijan (depan, tiga kiri) dan wanita-wanita PWOUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia