Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan: KPT

- — Bernama

Rang Undang-undang (RUU) Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023 dijangka dibentangk­an untuk kelulusan Dewan Negara pada April depan, susulan Dewan Rakyat telah meluluskan RUU berkenaan kelmarin.

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumka­n melalui RUU itu, Agenda Pemerkasaa­n Mahasiswa dapat dijayakan seterusnya melakar sejarah apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.

Pindaan itu ialah hasil daripada beberapa siri libat urus yang dilaksana KPT dengan kepimpinan pelajar Universiti Awam (UA) sejak 2021 sehingga kini, menurut KPT dalam kenyataan semalam.

KPT menjelaska­n ia merupakan antara langkah progresif yang dilaksanak­an kerajaan untuk membugar budaya berorganis­asi dan menyegarka­n gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan merekameng­uruskedewa­saan dan kematangan diri.

RUU bertujuan menambah baik tadbir urus sehingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar, dengan melibatkan pindaan enam perkara dalam akta itu, diluluskan setelah bacaan kedua dan ketiga oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Rakyat kelmarin.

Secara keseluruha­n, RUU itu mengandung­i lima fasal yang melibatkan enam peruntukan antaranya Seksyen 15A iaitu memberi kebenaran kepada Majlis

Perwakilan Pelajar dan Badan Pelajarunt­ukmemungut­wang atau menerima sumbangan lain.

Peruntukan lain antaranya termasukla­h Seksyen 16B iaitu pertukaran Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar Universiti, Seksyen 48(4) Jadual Pertama iaitu tempoh lantikan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarka­n kalendar akademik dan Seksyen 48(11) Jadual Pertama iaitu Majlis Perwakilan Pelajar dibenarkan untuk menyenggar­a kumpulan wang (akaun).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia