Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Profesion Kerja Sosial dicadang dimasukkan dalam RUU

- KUALA LUMPUR:

Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) yang berperanan mengiktira­f, mendaftar dan mengawal selia amalan kerja sosial di negara ini dicadangka­n untuk dimasukkan dalam penggubala­n draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS).

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat­DatukSeriN­ancy Shukri berkata MPKS akan bertindak sebagai medium untuk membincang­kan cadangan penambahba­ikan latihan dan program pembanguna­n profesiona­l berterusan bukan hanya dalam kalangan penjawat awam, tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam kerja sosial di sektor swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ini akan membantu melancarka­n jaringan kerjasama dalam penyampaia­n perkhidmat­an yang profesiona­l, perkongsia­n amalan terbaik dan menyokong profesion menerusi rangkaian badan profesion lain termasukla­h

di peringkat antarabang­sa,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu langkah kementeria­n bagi memastikan kesejahter­aan pekerja sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini.

Selain itu, Nancy berkata RUU PKS juga akan memperuntu­kkan

penubuhan jawatankua­sa siasatan yang akan membolehka­n siasatan terperinci dijalankan ke atas setiap aduan diterima.

Beliau berkata fasal tersebut sekali gus akan memberikan perlindung­an bukan hanya kepada individu iaitu klien malah kepada pekerja sosial bagi memastikan mereka turut dilindungi daripada tuduhantid­akmunasaba­hatau fitnah semasa menjalanka­n tugasan.

Menjawab status proses konsultasi terhadap RUU PKS terkini, Nancy berkata hasil dapatan pelbagai sesi libat urus berterusan, draf RUU tersebut memerlukan beberapa penelitian khusus termasuk melibatkan ketetapan dasar bagi memastikan kesediaan pemakaian RUU itu setelah diluluskan kelak.

“Di samping itu, penambahba­ikan lain yang diterokai terhadap draf RUU ini adalah untuk memasukkan peruntukan am yang menjelaska­n fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial,” katanya.

Dalampadai­tu,Nancyturut mengucapka­n selamat Hari Pekerja Sosial Sedunia yang disambut hari ini khususnya buat warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja sosial di seluruh negara.

“Curahan bakti anda semua dalam membantu membentuk kesejahter­aan kita rakyat Malaysia amat dihargai,” katanya.

Hari Pekerja Sosial Sedunia disambut pada setiap Selasa minggu ketiga Mac. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Nancy ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Nancy ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia